Member Login

_____________________________________

Lost PasswordActivate Account

StudentCounsellorInstitution

Studymalaysia.com


  • Curtin UniversityKBU International CollegeMIBNilai UniversityKDU UniversityHELP UniversityKLIUCBACAPUUCSI UniversityERICAN

Pendidikan Di Malaysia - Sistem Pendidikan di Malaysia

Pengenalan

Pendidikan di Malaysia merupakan tanggungjawab kerajaan persekutuan. Sistem pendidikan kebangsaan merangkumi pendidikan dari pra-sekolah hingga ke pengajian tinggi. Pendidikan pra-tertiari (dari prasekolah hingga pendidikan menengah) adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia manakala pendidikan tertiari pula terletak di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Visi kerajaan ialah menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan di rantau ini.

Pendidikan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Pendidikan sekolah rendah (6 tahun) dan sekolah menengah (3 tahun menengah rendah dan 2 tahun menengah atas) telah membentuk sistem pendidikan yang percuma selama 11 tahun di peringkat ini. Umur kemasukan ke sekolah rendah Tahun Satu ialah tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan satu kewajipan untuk murid-murid berumur antara 7 hingga 12 tahun. Para pelajar akan menduduki peperiksaan umum pada akhir sesi pendidikan sekolah rendah, sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas.

Pendidikan Menengah Lanjutan

Setelah penamatan pendidikan menengah, para pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah lanjutan selama 1 hingga 2 tahun yang merupakan kursus persediaan untuk memasuki universiti. Pendidikan di sekolah selama 12 tahun telah dijadikan sebagai syarat asas untuk memasuki tahun pertama program ijazah di institusi pengajian tinggi.

Pendidikan Tertiari

Pada peringkat pendidikan tertiari, institusi-institusi pengajian tinggi menyediakan program-program pengajian yang menganugerahkan kelayakan-kelayakan sijil, diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang akademik dan profesional. Tempoh pengajian bagi sesuatu program ijazah sarjana muda adalah selama 3 tahun. Program-program pengajian tinggi ini ditawarkan oleh kedua-dua sektor pendidikan awam dan swasta yang dapat menarik perhatian ramai pelajar tempatan dan antarabangsa. Mereka adalah seperti berikut :

  • Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dibiayai oleh kerajaan seperti universiti awam, kolej universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan maktab perguruan.
  • Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dibiayai oleh pihak swasta seperti universiti swasta, kolej universiti swasta, kampus cawangan universiti luar negara dan kolej swasta.

Pendidikan Awam

Di negara kita Malaysia, lebih kurang 95% daripada pendidikan rendah dan menengah serta 60% daripada pendidikan tertiari disediakan oleh kerajaan, manakala yang lain pula disediakan oleh sektor swasta.

Pendidikan Swasta

Pendidikan swasta di Malaysia disediakan oleh dua kategori institusi seperti berikut berdasarkan peringkat pengajian yang ditawarkan :

  • Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang menawarkan pendidikan pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Ianya termasuk sekolah-sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat.
  • Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pula menawarkan pendidikan tertiari yang menganugerahkan kelayakan sijil, diploma dan ijazah sarjana muda.

Peluang Pendidikan Di Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia

Program Pengajian Tinggi Berkualiti dengan Pelbagai Pilihan

Pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia kini mempunyai pilihan yang luas terhadap pelbagai kursus pengajian serta jenis institusi, mengikut kehendak individu dengan kos pengajian yang mampu dibiayai.

Kini terdapat beberapa buah kampus cawangan universiti luar negara telah didirikan di Malaysia oleh universiti-universiti terkemuka dari United Kingdom dan Australia, sementara pelbagai universiti dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis, Jerman dan New Zealand pula bekerjasama dengan institusiinstitusi pengajian tinggi di Malaysia untuk menawarkan program berkembar, program kerjasama dan program ijazah jarak jauh. Univerisiti swasta tempatan juga menawarkan program ijazah yang berkualiti serta kos efektif sebagai pilihan tambahan kepada para pelajar.

Sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini, program-program yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia memang berkualiti tinggi. Pengendalian program-program ini adalah berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1996 dan Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996.

Bahasa Inggeris yang merupakan 'lingua franca' digunakan sebagai bahasa pengantar di Malaysia dan ini telah menjadi satu kelebihan bagi pelajar-pelajar yang ingin mengejar kecemerlangan dalam kerjaya pada masa depan.

Jenis-Jenis Kelayakan

  • Kolej Swasta
    - Menganugerahkan kelayakan sijil dan diploma dalaman
    - Menjalankan program kerjasama di peringkat ijazah sarjana muda dengan universiti luar negara
    - Menyediakan para pelajar untuk menduduki peperiksaan luaran profesional atau semi-profesional
  • Universiti dan Kolej Universiti Swasta
    - Menganugerahkan kelayakan ijazah sarjana muda dalaman
  • Kampus Cawangan Universiti Luar Negara
    - Menganugerahkan kelayakan ijazah sarjana muda yang seiras dengan kelayakan oleh universiti induk luar negara.

Jenis-jenis Institusi Pengajian Tinggi Swasta

  • Institusi Bukan Bertaraf Universiti
    - Kolej Swasta
    - Institusi Swasta
  • Institusi Bertaraf Universiti
    - Universiti Swasta
    - Kolej Universiti Swasta
    - Kampus Cawangan Universiti Luar Negara

Jenis-jenis Program Pengajian Tinggi oleh Kolej Swasta

(A) Penganugerahan Kelayakan Diploma Dalaman
Sejak awal tahun 1980 an, kolej swasta telah mula menawarkan program diploma dalaman kepada para pelajar. Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pengajian tersebut. Kelayakan diploma yang dianugerahkan oleh kolej swasta ini menerima pengiktirafan dari kebanyakan universiti luar negara seperti Australia, Kanada, New Zealand, UK, Jerman dan Amerika Syarikat untuk memasuki tahun kedua atau tahun akhir program ijazah sarjan muda. Ini merupakan satu keistimewaan bagi program diploma dalaman yang ditawarkan oleh kolej swasta.

(B) Menyediakan Pelajar untuk Menduduki Peperiksaan Luaran Profesional
Kolej swasta mengadakan kelas dengan bantuan tutorial bagi menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan luaran yang ditetapkan oleh lembaga peperiksaan tempatan atau luar negara di mana pelajar akan dianugerahkan kelayakan profesional setelah lulus. Antara kelayakan-kelayakan tersebut adalah daripada yang berikut :

  • Badan profesional (ACCA-UK, CIMA-UK, ICSA-UK)
  • Badan semi-profesional (IBBM, LCCIEB-UK, NCCUK)
  • Program akademik luaran di peringkat menengah lanjutan (GCE'A' Level-UK, SAM-Australia, Canadian Pre-U)
  • Program Bahasa Inggeris Luaran (University of Cambridge Local Examination Syndicate)

(C) Program Ijazah Sarjana Muda dari Universitiuniversiti di UK, US, Australia, New Zealand, Kanada, Jerman dan Perancis
Para pelajar boleh melanjutkan program ijazah sarjana muda mereka di kolej swasta yang mempunyai hubungan kerjasama pendidikan dengan universiti induk luar negara. Program kerjasama yang menganugerahkan kelayakan ijazah adalah merupakan jenis Program Ijazah Pembahagian (Split Degree) atau Program Ijazah Keseluruhan (3+0 Entire Degree).

(i) Program Ijazah Pembahagian (Split Degree)

  • Program Berkembar (Twinning Programme) membolehkan para pelajar mengikuti sebahagian daripada program di kolej swasta tempatan dan yang selebihnya di universiti induk luar negara (foreign partner university) di mana universiti tersebut akan menganugerahkan kelayakan ijazah luar negara di akhir pengajian.
  • Program Pemindahan Kredit (Credit Transfer Programme) adalah program dimana kolej swasta mempunyai persetujuan akademik dengan universitiuniversiti induk luar negara yang membolehkan para pelajar melengkapi sejumlah beban jam kredit subjek yang diperakui oleh sesuatu universiti di kolej swasta tempatan dan kemudiannya dipindah kredit ke universiti yang diminati. Sistem yang fl eksibel ini memang popular di kalangan universiti-universiti Amerika Syarikat.
  • Program Pengiktirafan Luar (Advanced Standing Programme) bermaksud program diploma dalaman yang ditawarkan oleh kolej swasta telah diberikan pengiktirafan oleh sekumpulan universitiuniversiti luar negara di mana pelajar-pelajar yang dianugerahkan kelayakan diploma oleh kolej swasta boleh terus memasuki tahun kedua atau ketiga program ijazah sarjana muda di universiti luar negara tersebut. Universiti berkenaan kemudiannya akan menganugerahkan kelayakan ijazah kepada pelajar selepas tamat pengajiannya.

(ii) Program Ijazah Keseluruhan (Entire Degree)

  • Program Kerjasama Ijazah Luar Negara '3+0'
    Di bawah program ini, kolej swasta dibenarkan oleh universiti-universiti rakan kongsi dari UK, Australia, Amerika Syarikat dan Perancis untuk menjalankan keseluruhan program ijazah luar negara tersebut di Malaysia. Setelah tamat pengajian, universiti luar negara berkenaan akan menganugerahkan kelayakan ijazah kepada pelajar. Cara pengajian ini telah menjadi pilihan utama bagi pelajar-pelajar yang ingin menjimatkan kos pengajian.
  • Program Ijazah Luaran
    Pelajar mendaftarkan diri dalam sesuatu program Ijazah luaran melalui kolej swasta yang berfungsi sebagai pusat tutorial bagi menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan program ijazah luaran tersebut. Pada akhir pengajian, pelajar akan menerima ijazah yang sama seperti yang dianugerahkan oleh universiti induk luar negara tersebut.

(D) Program Ijazah Sarjana dan Lanjutan
Melalui kerjasama dengan universiti luar negara, kolej swasta di Malaysia menawarkan program ijazah sarjana dan lanjutan yang luas pilihannya dengan kos pengajian yang cukup rendah di samping memperolehi pendidikan bertaraf dunia.

Jenis-jenis Program Pengajian Tinggi oleh Universiti Swasta

Para pelajar boleh memilih untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka di universiti swasta Malaysia bagi memperolehi kelayakan ijazah sarjana muda, sarjana dan lanjutan. Bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Inggeris. Yuran pengajian yang rendah dan kelayakan yang diiktiraf dunia menjadikan universiti swasta satu tarikan kepada pelajar tempatan dan antarabangsa. Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan termasuk kursus pentadbiran dan perniagaan, kejuruteraan, perubatan, perkhidmatan, komputer dan ICT, bahasa dan lain-lain lagi.

Jenis-jenis Program Pengajian Tinggi oleh Kampus Cawangan Universiti Luar Negera

Kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia pula menawarkan program ijazah yang mempunyai kelayakan yang sama dengan kelayakan yang dianugerahkan oleh universiti induknya di luar negara. Kampus cawangan universiti luar negara yang pertama didirikan di Malaysia ialah Monash University Malaysia pada tahun 1998.

Para pelajar yang belajar di kampus cawangan universiti di Malaysia juga berpeluang mengikuti sebahagian daripada programnya di universiti induk luar negara untuk selama satu atau lebih semester (bukan tahun akhir) tanpa sebarang gangguan dalam seluruh pengajiannya. Ini bermaksud pelajar dapat memperolehi kelayakan ijazah universiti luar negara melalui kampus cawangan universiti di Malaysia dengan bayaran kos pengajian yang cukup rendah berbanding dengan kos di universiti induk luar negara.


Category: Study Opportunities in Foreign Languages

Study in Malaysia Handbook 8th Ed Source: Study In Malaysia Handbook 8th Ed.

All rights reserved. No part of this editorial contents may be reproduced, copied, translated, or stored in a retrieval system or transmitted in any form or by any means without the written consent from the publisher Challenger Concept (M) Sdn Bhd (www.studymalaysia.com/challenger)