StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Education News

‘GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE (GMI) Meterai Kerjasama Dengan Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC)’

June 15, 2017 | Campus News

Hilmy Hussain, Ketua Sumber Manusia Industri JPDC dan Ngan Cheng Hwa, Timbalan Pengarah Urusan (Akadmeik & Latihan) GMi bertukar dokumen sambal disaksikan Izhar Hifnei Ismail Ketua Pegawai Operasi JPDC dan Yusoff MD Sahir Pengarah Urusan GMI.

KAJANG, 4 Mei 2017 – German-Malaysian Institute (GMI) hari ini memeterai perjanjian kerjasama dengan Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) untuk latihan, penyelidikan dan projek konsultansi. Perjanjian tiga tahun ini menyaksikan penglibatan aktif GMI dalam membantu JPDC membangunkan modal insan mereka dalam aspek latihan dan kejuruteraan sektor gas dan minyak di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang atau lebih dikenali sebagai Pengerang Integrated Petroleum Complex di Kota Tinggi Johor.

JPDC dan GMI bersetuju untuk menjalankan bersama dua program perintis iaitu “Computer Numerical Control (CNC) Program” yang menyasarkan pendaftaran seramai 20 orang pelatih yang juga merupakan graduan lepasan Program Kejuruteraan Mekanikal dan Teknikal. Pada masa yang sama turut menjalankan “Machining Operation (MO) Program” juga menyasarkan pengambilan seramai 20 orang pelatih tahap 2 dan 3 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Bahkan menurut Yusoff Mohd Sahir, Pengarah Urusan GMI, “Kami juga bersetuju untuk menambah program-program di masa hadapan iaitu program jangka panjang dan jangka pendek. Program jangka panjang adalah ‘Dual Vocational Training (DVT) in Process Instrumentation & Control’ bagi tahap 4 atau 5. Sasaran program ini adalah seramai 40 orang lepasan SPM dan akan dijalankan selama 3 hingga 3 setengah tahun. Sementara dua program jangka pendek yang bakal dijalankan pula adalah ‘O&G Process and Instrumentation Certification’ dan ‘SMSCP Siemens Mechatronics System Certification Program’. Kedua-dua program ini menyasarkan pengambilan seramai 30 orang bagi setiap program”.

Ahli pengurusan JPDC dan GMI bergambar kenangan.

Majlis ringkas ini menyaksikan kedua-dua organisasi bertukar-tukar dokumen perjanjian sebagai simbolik kerjasama dua hala. JPDC yang diwakili Izhar Hifnei Ismail, Ketua Pegawai Operasi nya juga telah dibawa melihat sendiri fasiliti teknologi kejuruteraan yang ada di GMI. Mereka di bawah ke Pusat Teknologi DMG Mori – CNC Precision Technology dan juga ke German Technology Centre untuk teknologi Injection Moulding. Yusof Md Sahir didalam ucapannya menyampaikan rasa bangga atas kerjasama ini dan secara tidak langsung mengukuhkan jenama GMI di mata pemain industri utama negara. JPDC adalah subsidiari kepada Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) dan dipertanggungjawabkan dalam pembangunan sumber manusia dan menjadi entiti terbesar bagi pembangunan projek minyak dan gas di Pengerang, Kota Tinggi, Johor.

Nota Tepi :
GMI ditubuhkan pada Julai 1992 dan kampusnya terletak di daerah Kajang Selangor, mengambil masa 25 minit dari Kuala Lumpur. GMI menawarkan program teknologi kejuruteraan Jerman dibawah dua jabatan akademik utama iaitu Jabatan Teknolgi Pengeluaran (Department of Production Technology) dan Jabatan Elektronik Industri (Department of Industrial Electronics). Pelajar yang mengikuti Pengajian Pra Universiti atau dikenali sebagai ‘German A-Level Preparatory Program’ diberi pilihan untuk memilih lebih daripada 50 Universiti of Applied Sciences untuk melanjutkan pengajian Bacelor mereka. GMI juga menawarkan pendidikan sepanjang hayat menerusi kursus-kursus jangka pendek, projek konsultansi, kursus-kursus mengikut kesesuaian dan permintaan industri dan Program Latihan Dual Vokasional Jerman. Untuk maklumat lanjiut program-program kami lawati www.gmi.edu.my, sosial media FB Fanpage di GMiNewsbreak, Instagram GERMANMALAYSIANINSTITUTE atau hubungi 03 8921 9191 / 03 8921 9000.

Back to News Page

View Other categories: NATIONAL | CAMPUS | ACHIEVEMENT | EDITOR'S DESK

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会