StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
International Students

Program pra-universiti mana yang anda patut pilih?

by StudyMalaysia.com on August 21, 2019 | Top Stories

Program pra-universiti mana yang anda patut pilih? - StudyMalaysia.com

Sekiranya anda mempunyai kelayakan SPM dan anda merancang untuk mengikuti ijazah sarjana muda, anda mungkin memerlukan kelayakan pra-U untuk mendapatkan kemasukan ke universiti atau kolej.

Program pra-U akan membantu mengembangkan kemahiran belajar, kemahiran berfikir kritis, dan kemahiran lain yang anda mungkin perlukan untuk ijazah sarjana muda. Program ini juga akan menyediakan anda dengan asas yang kukuh di dalam bidang yang anda tentukan. Di samping itu, anda berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kurikulum tambahan yang menghasilkan kualiti seperti semangat berpasukan, kepimpinan, keyakinan dan kemahiran komunikasi.

Walaupun banyak program pra-U telah diiktiraf secara global, anda juga harus meluangkan sedikit masa mencari info lebih lanjut mengenai setiap jenis program pra-U supaya peralihan anda ke alam sarjana akan menjadi lebih mudah.


Perbandingan antara pelbagai jenis program pra-universiti

Terdapat banyak pilihan program pra-universiti dan ini boleh menjadi cabaran untuk anda untuk mencari program yang sesuai. Terdapat beberapa kriteria yang boleh anda gunakan untuk membandingkan program-program ini. Ini termasuk kaedah penilaian gred, yuran pengajian, tempoh program, bilangan mata pelajaran, dan lain-lain. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara kriteria-kriteria ini dengan pelbagai program pra-universiti.

Perbandingan antara program-program pra-universiti terpilih

Jenis program pra-universiti Kaedah penilaian Tempoh pengajian Bilangan subjek (Tarikh pengumuman keputusan peperiksaan biasa) Anggaran yuran pengajian untuk setiap kursus (RM)
Sijil Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Penilaian dalaman berterusan dan peperiksaan semester
(=100%)
12 bulan 6-7 subjek Bayaran minimum
Cambridge GCE A-Levels, UK 100% peperiksaan luaran
(tiada kerja kursus)
15-18 bulan 2-5 subjek / (Ogos/Januari) RM20,000 – RM38,000
Edexcel Advanced International Levels (Pearson) 100% peperiksaan luaran
(tiada kerja kursus - struktur modular)
15-18 bulan 2-5 subjek / (Ogos/Mac) RM38,000
IB, International 30% penilaian dalaman berasaskan kolej dan 70% peperiksaan luaran 24 bulan 6 subjek / (Julai/Januari) RM42,000
SACE, Australia Selatan 70% penilaian dalaman berasaskan kolej dan 30% peperiksaan luaran 11 bulan 5 subjek / (Disember) RM21,000 – RM27,000
AUSMAT, Australia 50% penilaian dalaman berasaskan kolej dan 50% peperiksaan luaran 10 bulan 5 subjek / (Disember) RM 17,000 – RM 27,000
CIMP, Canada 70% penilaian dalaman berasaskan kolej dan 30% peperiksaan luaran 12 bulan 6 subjek / (Jun/Disember, 1 bulan selepas peperiksaan) RM27,000 – RM31,000
New South Wales High School Certificate (HSC) 50% penilaian dalaman berasaskan kolej dan 50% peperiksaan luaran 11 bulan 5 subjek RM15,000
Monash University Foundation Year (MUFY) Penilaian dalaman berterusan dan peperiksaan semester (=100%) 10 bulan 4-5 subjek / (Julai/Disember, dalam tempoh 2 bulan selepas peperiksaan) RM27,000
Program-program dalaman di universiti dan kolej swasta Penilaian dalaman berterusan dan peperiksaan semester (=100%) 10 - 12 bulan 5-6 subjek / (Berbeza) RM10,000 – RM20,000
Program-program dalaman di universiti awam Penilaian dalaman berterusan dan peperiksaan semester (=100%) 10 - 12 bulan 5-6 subjek / (Berbeza) Bayaran minimum
STPM, Malaysia 20-40% penilaian dalaman berasaskan sekolah dan 60-80% peperiksaan luaran 18 bulan (3 semester) 4-5 subjek / (Mac) Bayaran minimum (program ini dijalankan di sekolah awam)

Sumber: StudyMalaysia Research Team
(Semua angka adalah anggaran dan hanya berfungsi sebagai garis panduan)


Selain faktor-faktor yang disebutkan di atas, terdapat beberapa lagi perkara-perkara yang perlu anda timbangkan ketika memilih program pra-U. Walaupun kebanyakan program ini menawarkan anda banyak pilihan dari segi mata pelajaran, pastikan bahawa kolej atau universiti dipilih menawarkan subjek yang anda inginkan, dan membolehkan anda mengambil gabungan subjek pilihan anda.

Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan adalah tarikh pengambilan pelajar yang berkaitan dengan tempoh kursus dan permulaan program ijazah sarjana muda yang anda ingin teruskan. Jika anda tidak mahu tempoh jurang antara pra-U dan program ijazah terlalu lama, atau sebaliknya, anda ingin mengambil jurang pendek antara kedua-dua, ia adalah sangat berguna untuk anda menjejaki tarikh mula dan tamat anda semasa memilih program pra-U.

Sudahkah anda memutuskan apa dan di mana anda ingin belajar selepas pra-U? Luangkan sedikit masa untuk mengetahui semua kursus yang anda minati. Pastikan program pra-U yang anda duduki diterima atau diiktiraf oleh ijazah yang anda inginkan. Di samping itu, anda dinasihatkan supaya mengikuti ijazah sarjana muda anda di institusi yang sama, di mana anda mendaftar untuk program asas yang ditawarkan - ada kemungkinan kelayakan asas anda tidak diiktiraf oleh institusi pengajian tinggi yang lain.


Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program pra-universiti?


Looking for the English Version?

Source: Studymalaysia Research Team

You May Also Be Interested In...


Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会