Deadline | 31 May 2020 |
---|---|
Organisation Type | Private Sector / Organisation |
Fund Type | Scholarship |
Study Local or Abroad? | Local |
Dalam inisiatif memperkasakan kaum wanita untuk mengejar masa depan yang cerah, Fair & Lovely menawarkan biasiswa berjumlah RM200,000* untuk dibahagikan kepada 40 mahasiswi yang layak. Bukan itu sahaja...Sebagai seorang penerima Biasiswa Fair & Lovely 2020, anda juga akan:
- Diutamakan dalam sesi temu duga posisi pelatih praktikal di Unilever Malaysia*,
- Menjadi ahli komuniti maya Fair & Lovely*, dan
- Mendapat maklumat terkini tentang peluang latihan praktikal dan sesi perkongsian eksklusif*!
Biasiswa Fair & Lovely 2020 sudah pun bermula. Ingin menjadi salah seorang penerima biasiswa tahun ini? Anda cuma perlu hantar esei anda dan undi dengan kongsikan posting Universiti anda.
Daftarlah sekarang dan nikmati sampel percuma Fair & Lovely khas untuk anda. Untuk lebih info, anda boleh kunjungi Facebook kami.
*Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Maklumat Kempen
Kempen Biasiswa Fair & Lovely 2020 (“Kempen”) ini dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. (No. Syarikat 1532-V) (“Penganjur”). Kempen bermula pada 1 Februari 2020, 12:00am dan berakhir pada 31 Mei 2020, 11:59pm (“Tempoh Kempen”). Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Kempen
tidak layak menyertai Kempen.
Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Kempen menurut budi bicara tunggalnya atau jika Penganjur tidak menerima bilangan penyertaan layak yang cukup atau jika Kempen tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan oleh Peserta.
Kelayakan
- Kempen ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan dalam Kempen ini) dengan Kad Pengenalan Malaysia yang sah. Sekiranya Peserta berumur di bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/ penjaganya sebelum menyertai Kempen ini dan apabila diminta oleh Penganjur, hendaklah mengemukakan kebenaran tersebut. Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, agen, pengedar dan wakil Penganjur dan setiap daripada syarikat induk, ahli gabungan, bahagian, anak syarikat, agen, wakil dan agensi pengiklanan mereka masing-masing, bersamasama dengan ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di kediaman yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai kaitan persaudaraan atau tidak), tidak layak menyertai Kempen.
- Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi apa-apa Terma dan Syarat Kempen ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Peserta gagal memenuhi apa-apa kriteria penyertaan Penganjur.
Mekanisme Kempen
Untuk menyertai Kempen ini, semua Peserta hendaklah melayari Laman Web Kempen di https://www.fairandlovely.com.my/biasiswa_2020/ untuk melakukan mana-mana antara yang berikut:
Memohon Biasiswa
- Permohonan biasiswa terbuka kepada semua siswi warga Malaysia yang sedang menduduki diploma atau ijazah sarjana muda di universiti tempatan terpilih (Rujuk senarai Universiti Terlibat di bawah), dan juga siswi yang telah mendaftar sebagai pelajar secara rasmi sebelum 31 Mei 2020, kecuali siswi yang sedang menduduki semester terakhir, semasa Kempen ini berlangsung.
- Hanya 40 (empat puluh) Penerima biasiswa akan dipilih di kalangan 7 (tujuh) universiti yang memperoleh undi terbanyak selepas tamat Tempoh Kempen.
- Bagi terma dan syarat lanjut permohonan biasiswa, rujuk Terma & Syarat Permohonan Biasiswa di bawah.
Mengundi
- Undian terbuka kepada semua warga Malaysia yang mempunyai akaun Facebook.
- Seperti yang tersebut di atas, hanya pemohon-pemohon daripada 7 (tujuh) universiti dengan undi terbanyak akan terpilih untuk menerima biasiswa. Oleh itu, bagi mencerahkan peluang untuk menerima biasiswa, sesiapa sahaja digalakkan untuk mengundi dengan mengkongsikan posting khusus yang disediakan bagi universitiuniversiti yang terlibat.
- Posting-posting yang tersebut akan ditempatkan di laman Facebook Fair & Lovely Malaysia: http://www.facebook.com/fairandlovelymalaysia
- Mata undian dikira seperti berikut: Setiap permohonan lengkap = 1 (satu) mata undi; Setiap undi biasa (perkongsian posting) = 1 (satu) mata undi.
Pembelian atau pembayaran tidak diperlukan untuk menyertai atau memenangi Kempen. Pembelian tidak akan menambah peluang anda untuk memenangi Kempen
Sumber: https://www.fairandlovely.com.my/biasiswa_2020/tentang-biasiswa