Scholarships

Colgate Tabung Pendidikan 2019

Sponsored by: Colgate-Palmolive (Malaysia) Sdn Bhd.
Deadline31 Disember 2018
Organisation TypePrivate Sector / Organisation
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local

Peraduan Colgate Tabung Pendidikan 2019 ini dianjurkan oleh Colgate-Palmolive (Malaysia) Sdn Bhd dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai anak berumur 6 ke 17 tahun pada tahun 2018 dan bersekolah (kerajaan / agama) di Malaysia sahaja.

Wakil, kakitangan, pekerja, ejen pembekal khidmat, pengiklanan dan / atau promosi Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan yang berkaitan dengannya), serta ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami / isteri) dan individu-individu yang mempunyai hubung kait dengan penganjur secara langsung tidak layak menyertai Kempen ini.

Kempen ini berlangsung mulai 01 Oktober 2018, jam 0:00:00 hingga ke 31 Disember 2018, jam 23:59:59. Penganjur berhak membuat sebarang pindaan ke atas Tempoh Kempen pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua penyertaan yang diterima selepas 31 Disember 2018 akan dibatalkan.

 

Tabung Pendidikan

Pembiayaan Tabung Bantuan Pendidikan terdiri daripada berikut:

  • Pembiayaan Utama – RM10,000 pembiayaan pendidikan x 5 Peserta (jumlah pemenang peraduan) + peralatan sekolah bernilai RM200 + produk Colgate
    • RM10,000 x 1 Peserta untuk bulan Oktober 2018
    • RM10,000 x 2 Peserta untuk bulan November 2018
    • RM10,000 x 2 Peserta untuk bulan Disember 2018
    Nilai RM10,000 adalah hanya untuk kegunaan pembiayaan buku teks/rujukan, baju sekolah, pembiayaan tuisyen dan pembelian alat elektronik (seperti komputer, komputer riba) untuk anak yang dicalonkan sahaja. Pembelian alat elektronik hanya terhad kepada RM3,000 sahaja.
  • Pembiayaan Sagu Hati – Langganan 12 bulan pakej OSEM bernilai RM399 x 1000 Peserta (jumlah pemenang peraduan)
    • Langganan 12 bulan pakej OSEM bernilai RM399 x 200 Peserta untuk bulan Oktober 2018
    • Langganan 12 bulan pakej OSEM bernilai RM399 x 400 Peserta untuk bulan November 2018
    • Langganan 12 bulan pakej OSEM bernilai RM399 x 400 Peserta untuk bulan Disember 2018
  • Pakej OSEM untuk langganan 14 hari bernilai RM34 boleh didapati di setiap pek Colgate yang memaparkan imej Kempen. Ikuti cara muat turun aplikasi OSEM yang tertera di atas pek produk Colgate yang mengambil bahagian. Kod pengaktifan akan diberikan kepada peserta di dalam balasan mesej penyertaan (selepas pengesahan resit pembelian).

 

Cara Penyertaan

Langkah 1: Beli

Peserta dikehendaki mendapatkan / membeli produk Colgate yang memaparkan imej Kempen (Pek Peraduan Tunggal/Kembar) seperti di bawah:

Colgate Tabung Pendidikan 2019

75g Maximum Cavity Protection Great Regular Flavor
75g Maximum Cavity Protection Fresh Cool Mint
100g Maximum Cavity Protection Great Regular Flavor
100g Maximum Cavity Protection Fresh Cool Mint
175g Maximum Cavity Protection Great Regular Flavor
175g Maximum Cavity Protection Fresh Cool Mint
175g Maximum Cavity Protection Icy Cool Mint
250g Maximum Cavity Protection Great Regular Flavor
250g Maximum Cavity Protection Fresh Cool Mint
250g Maximum Cavity Protection Icy Cool Mint
250g x 2 Maximum Cavity Protection Great Regular Flavor
250g x 2 Maximum Cavity Protection Fresh Cool Mint
160g Sugar Acid Neutraliser Cool Mint
225g Sugar Acid Neutraliser Cool Mint
225g Sugar Acid Neutraliser Whitening
225g x 2 Sugar Acid Neutraliser Cool Mint
225g x 2 Sugar Acid Neutraliser Whitening
175g Kayu Sugi 175g
175g Kayu Sugi 175g Whitening
175g x 2 Kayu Sugi 175g
175g x 2 Kayu Sugi 175g Whitening

* Pek Kembar = 2 penyertaan

 

Langkah 2: Hantar

Hantar gambar resit pembelian (dengan jelas dan penuh) bersertakan

  1. Nama Ibu Bapa / Penjaga
  2. Umur anak untuk Kempen ini
  3. Nombor Resit

Hantar WhatsApp / MMS ke: 
+6011 1012 2989

 

Langkah 3: Dapatkan Akses ke Aplikasi Ulangkaji

Colgate Tabung Pendidikan 2019

  1. Muat turun aplikasi Osem dengan mengimbas kod QR atau cari Osem melalui App Store (IOS) atau Play Store (Android)
  2. Kod pengaktifan OSEM premium 14 hari yang bernilai RM34 boleh diperolehi secara percuma melalui balasan WhatsApp untuk setiap penyertaan yang sah.
  3. Penebusan segera hanya dengan setiap pembelian pek promosi Colgate. Sementara stok masih ada.

 

Langkah 4: Pengesahan

  1. Penyertaan Melalui MMS
    Peserta akan menerima balasan pengesahan penyertaan dalam tempoh masa 48 jam (pada hari bekerja sahaja)
  2. Penyertaan Melalui WhatsApp
    Peserta akan menerima balasan pengesahan penyertaan dalam tempoh masa 48 jam (pada hari bekerja sahaja)

 

Fasa Pemilihan

Proses pemilihan peserta Pembiayaan Utama / Pembiayaan Sagu Hati dibahagikan seperti berikut:-

BULAN 1 (1 – 31 Oktober 2018)
  • Pembiayaan Utama x 1 Peserta
  • Pembiayaan Sagu Hati x 200 Peserta
BULAN 2 (1 – 30 November 2018)
  • Pembiayaan Utama x 2 Peserta
  • Pembiayaan Sagu Hati x 400 Peserta
BULAN 3 (1 – 31 Disember 2018)
  • Pembiayaan Utama x 2 Peserta
  • Pembiayaan Sagu Hati x 400 Peserta

Setiap Peserta yang memenuhi kriteria penyertaan akan layak secara automatik di dalam Bulan penyertaan mengikuti tarikh resit pembelian. Seperti contoh, resit pembelian bulan Oktober hanya layak untuk bulan Oktober dan tidak lagi sah untuk bulan November atau bulan Disember. Peserta yang tidak dipilih untuk bulan Oktober / November digalakkan untuk menyertai sekali lagi di bulan penyertaan yang seterusnya.

Peserta akan disenarai pendek setiap bulan (di dalam bulan peraduan). Peserta tersebut akan menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp untuk menjawab soalan-soalan kelayakkan pemilihan peserta Pembiayaan Utama / Pembiayaan Sagu Hati.

 

Pemenangan

  1. Peserta Pembiayaan Utama / Pembiayaan Sagu Hati akan dimaklumkan melalui laman sesawang www.ColgateTabungPendidikan.com
  2. Jika peserta Pembiayaan Utama / Pembiayaan Sagu Hati tidak dapat dihubungi oleh Penganjur, notifikasi yang disiarkan di laman sesawang atau di mana-mana medium yang bersesuaian bagi Penganjur dianggap memadai dan mencukupi. Sebarang alasan oleh peserta yang tidak menerima sebarang notifikasi tidak akan dilayan sama sekali oleh Penganjur.
  3. Tabung Bantuan Pendidikan a) Pembiayaan Utama boleh ditebus dengan resit pembelajaraan tuisyen / kelas tambahan yang sah yang bertarikh dalam lingkungan satu (1) tahun dari tarikh pengumuman pemenang. Penebusan atau tuntutan selepas tempoh ini adalah tidak sah dan terbatal. Penganjur tidak akan melayani sebarang permintaan untuk melanjutkan tempoh penebusan / tuntutan.
  4. Risiko penebusan Tabungan Pendidikan adalah di bawah tanggungan peserta. Segala kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan penebusan adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta sendiri.
  5. Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta yang gagal mengikut prosedur penebusan seperti yang ditetapkan oleh Penganjur. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya notis pemberitahuan tidak diterima atau atas kelewatan penghantaran notis yang di luar jangkaan Penganjur.
  6. Penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga bagi tujuan mengendalikan proses pengesahan para peserta.
  7. Penganjur berhak mengenakan syarat-syarat tambahan berkenaan penebusan pembiayaan.

 


Sumber: http://colgatetabungpendidikan.com/index.html

Back to Scholarships Page