StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

JPA - Biasiswa Komanwel United Kingdom 2019

Sponsored by: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
Deadline19 Disember 2018
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?International

Biasiswa ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa. Calon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel UK serta:

  1. mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal eSila JPA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my; dan
  2. mengisi borang permohonan secara dalam talian di laman web UK Commonwealth Scholarships melalui pautan berikut:

Bagi calon-calon yang merupakan kakitangan Kerajaan, pegawai juga perlu memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar seperti yang dinyatakan dalam Surat Edaran Pelawaan Kemudahan Program Biasiswa Komanwel United Kingdom Tahun 2019.

 

Syarat Permohonan

Calon-calon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel United Kingdom dan juga memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan
  • Umur tidak melebihi 50 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 45 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pada 1 Januari 2019
  • Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85%  bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2015, 2016 & 2017)
  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik
  • Telah mengistiharkan harta
  • Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA
  • Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari 26 Oktober 2018)
  • Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas
  • Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti
  • Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai.

 

Tatacara Permohonan

Tanggungjawab Pegawai

Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah:

  1. mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal eSila JPA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my; dan
  2. mengisi borang permohonan secara dalam talian di laman web UK Commonwealth Scholarships melalui pautan berikut:

Tanggungjawab Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan

Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya memastikan bahawa pegawai yang memohon boleh dilepaskan untuk mengikuti pengajian sekiranya berjaya ditawarkan biasiswa kelak.

 

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan secara dalam talian bagi pegawai yang ingin memohon adalah pada 19 Disember 2018.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini bolehlah diajukan kepada:

Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan
No. Telefon: 03-88853546
Emel: [email protected]

 


Source: http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=KUK1&auth=1835

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会