Contact Us Contact Us
Scholarships

JPA - Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2021

Sponsored by: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
Deadline9 April 2021
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2021 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh pihak JPA mengikut bidang pengajian.

 

Syarat-Syarat Permohonan

SYARAT-SYARAT UMUM

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2021.

SYARAT-SYARAT KHUSUS

  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  2. Telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian;
  3. Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

Nota : Calon-calon yang memenuhi syarat permohonan akan disaring lanjut oleh pihak JPA sebelum disenaraipendek untuk menghadiri temuduga. Keutamaan dalam pemilihan calon penerima BYDPA adalah di kalangan mereka yang:

  • aktif dalam kegiatan ko-kurikulum / aktiviti kemasyarakatan;
  • menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni atau teknologi dan sebagainya; dan
  • mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.

 

Panduan Permohonan

Pemohon yang berminat dikehendaki membaca dan memahami syarat permohonan BYDPA Tahun 2021 seperti di Lampiran A sebelum membuat permohonan. Permohonan yang memenuhi syarat serta melepasi saringan lanjut pihak JPA sahaja akan disenaraipendek untuk menghadiri temuduga.

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian (online) melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 15 Mac 2021 (Isnin). Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon.

Untuk makluman, ruangan perakuan Ketua Jabatan di dalam borang permohonan hanya perlu dilengkapkan oleh pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja. Borang permohonan yang lengkap tersebut hendaklah dikepilkan bersama dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

  • salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan);
  • Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D);
  • Surat tawaran tanpa syarat daripada universiti / institusi pengajian;
  • Salinan sijil-sijil / surat pengesahan ko-kurikulum yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan;
  • Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara. Panduan menulis cadangan penyelidikan/pengajian adalah seperti di LAMPIRAN F;
  • Dokumen-dokumen sokongan lain yang berkaitan yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan;
  • Borang JPA(L)LDP1A/96 yang telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan – dokumen ini hanyalah untuk pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.

Dokumen permohonan yang lengkap seperti di atas hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 9 April 2021 (Jumaat) sama ada melalui serahan tangan atau melalui pos ke alamat berikut:

Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja dan semua pemohon termasuk ibu bapa pemohon adalah tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA dan tidak melanggar perjanjian dengan pihak Kerajaan.

Pemohon yang memenuhi syarat permohonan dan saringan lanjut oleh pihak JPA sahaja akan disenaraipendek untuk menghadiri temu duga. Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal untuk disenaraipendek menghadiri temu duga.

Panggilan temu duga akan dimaklumkan melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my/ dan adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk sentiasa menyemak maklumat di portal tersebut untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung perkara ini. Pemohon hendaklah mencetak surat panggilan temu duga dan membawanya bersama dokumen / sijil asal untuk dokumen sokongan yang dinyatakan di atas semasa menghadiri temuduga.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai BYDPA Tahun 2021 boleh hubungi talian 03 – 8885 3879 / 3569 pada setiap hari bekerja (9.00 pagi – 5.00 petang) atau e-mel kepada [email protected]

Maklumat terperinci mengenai BYDPA Tahun 2021 boleh dirujuk pada dokumen seperti di lampiran berikut:

  • LAMPIRAN C: Senarai Institusi Pengajian Tinggi Tempatan mengikut Bidang Pengajian
  • LAMPIRAN D: Senarai Universiti Terkemuka Dunia mengikut Bidang Pengajian
  • LAMPIRAN E: Senarai Perincian Bidang Sains dan Teknologi
  • LAMPIRAN F: Panduan Penulisan Kertas Cadangan Penyelidikan bagi Permohonan BYDPA Tahun 2021

Sumber: https://esilav2.jpa.gov.my/

Back to Scholarships Page