Contact Us Contact Us
Scholarships

JPA - Program Lee Kuan Yew School Of Public Policy 2019

Sponsored by: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
Deadline13 September 2019
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local

Sukacita dimaklumkan bahawa Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore menawarkan kemudahan Biasiswa Lee Kuan Yew School of Public Policy bagi pengajian secara sepenuh masa di peringkat:

  1. Kedoktoran (Ph.D) di dalam bidang Public Policy;
  2. Sarjana di bawah program Master in International Affair, Master in Public Policy atau Master in Public Administration.

 

Syarat-syarat pencalonan

  1. Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
  2. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
  3. pegawai mestilah berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D) den 50 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana pada 1 Januari 2020;
  4. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2016, 2017 & 2018). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
  5. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/ pendek seperti berikut:
    Tempoh Kursus Tempoh Menunggu (pada 1 Januari 2020)
    Lebih daripada 12 bulan 2 tahun
    Lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan 1 tahun
    Kurang daripada 3 bulan Tiada
  6. Kursus yang dipohon adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas;
  7. Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai;
  8. Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang Iain bagi pengajian yang diikuti; dan
  9. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  10. Telah mengisytiharkan harta;
  11. Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA; dan
  12. Tidak mempunyai sebarang kecacatan fizikal dan mental;

 

Tatacara Permohonan/Pencalonan

Tanggungjawab Pegawai

Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal http://esilav2.jpa.gov.my serta mengisi borang-borang seper‘ti berikut:

  1. Borang JPA(L)LDP 1A/96 - (Lampiran B);
  2. Borang JPA(L)LDP 1B/96;
  3. Perakuan Ketua Jabatan - (Lampiran C);

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dikemukakan kepada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:

  1. Salinan Kad Pengenalan;
  2. Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip dalam bahasa inggeris yang telah disahkan);
  3. Salinan pasport;
  4. Curriculum vitae (dalam bahasa Inggeris);
  5. Statement of Purpose (dalam bahasa Inggeris) - penyataan daripada pihak tuan/puan berhubung alasan untuk melanjutkan pengajian keperingkat Sarjana serta ekspektasi tuan/puan dari penajaan ini dalam pembangunan kerjaya; dan
  6. Salinan TOEFL/IELTS/GRE/GMAT/LSAT (sekiranya ada).

Permohonan dibuka mulai 27 Ogos 2019 sehingga 13 September 2019.

Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.

Pemohon akan disaring di peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebelum dicalonkan kepada pihak Lee Kuan Yew School of Public Policy.

Pemohon yang dicalonkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sahaja perlu mengisi permohonan secara online Lee Kuan Yew School of Public Policy apabila dibuka kelak.

Tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan

Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya membuat semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk memperakukan pegawai-pegawai yang sesuai serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja.

Semua pencalonan hendaklah diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Panel Pembangunan Sumber Manusia untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:

  1. Mengisi Borang Laporan Panel Pembangunan Sumber Manusia Kementerian/Jabatan untuk kursus dalam perkhidmatan — JPA(L)LDP1A/96 (LAMPIRAN B) dan Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C); dan
  2. Hanya pencalonan yang disokong dan diperakukan oleh PPSM sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan ini. Perakuan pencalonan mestilah dikemukakan bersama- sama dokumen—dokumen seperti di perenggan 2.1.1 dan 2.1.2.

 


Source: http://esilav2.jpa.gov.my/

Back to Scholarships Page