StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

JPA Scholarship 2022 - Permohonan Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2022

Sponsored by: JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
Deadline26 June 2022
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 bagi kali pertama untuk
mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk
Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Penajaan Nasional (PPN)
tahun 2022.

Program Penajaan Nasional (PPN) merupakan penajaan kepada pelajar
terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 untuk melanjutkan
pelajaran ke universiti terkemuka dunia. Calon-calon yang terpilih akan
ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan di 10 universiti terbaik dunia di Amerika Syarikat (USA) dan 10 universiti terbaik dunia di United Kingdom (UK) seperti yang disenaraikan dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings, Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings, dan / atau Academic Ranking of World Universities (ARWU) berdasarkan kedudukan universiti atau bidang pengajian. 

Pelajar-pelajar yang ditawarkan penajaan di bawah program ini akan mengikuti kursus persediaan iaitu Program A-Level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) selama 24 bulan.

Penajaan akan dipertimbangkan kepada pelajar yang mendapat tempat pengajian di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan institusi yang ditetapkan sahaja. 

Syarat Umum:
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iii) Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
(iv) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
(v) Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat kali pertama di manamana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian; dan
(vi) Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki. 

Syarat Khusus:
Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi mata pelajaran berikut:
(1) Bahasa Melayu;
(2) Bahasa Inggeris;
(3) Matematik;
(4) Sejarah;
(5) Matematik Tambahan;
(6) Fizik;
(7) Kimia;
(8) Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran Dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Moral/ Usul Al-Din/ AlSyariah/ Turath Al Quran Wa Al-Sunnah/ Turath Dirasat AlIslamiah; dan
(9) Satu (1) mata pelajaran lain;

DAN JIKA ADA
Memperoleh minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain.

Calon yang berminat perlu mengisi profiling secara dalam talian (online) di
http://esilav2.jpa.gov.my/ yang dibuka khusus kepada senarai calon yang
dipaparkan dalam laman web berkenaan sahaja.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini dan meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Penajaan Nasional Tahun 2022 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat
dengan menghubungi talian call centre iaitu 03-8885 3297 mulai 20 hingga 26 Jun 2022 (hari bekerja sahaja) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang.

Calon juga boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel [email protected] (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh
permohonan dibuka sahaja).

Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ pada 29 Julai 2022 (Jumaat). Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya. 

Maklumat lanjut: https://esilav2.jpa.gov.my/

Back to Scholarships Page