Contact Us Contact Us
Scholarships

KPT Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) 2020

Sponsored by: Kementerian Pendidikan Tinggi
DeadlineOngoing
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeEducation Funds
Study Local or Abroad?Local
OBJEKTIF

Bantuan kewangan diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isirumah tidak melebihi RM3,000 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.

GOLONGAN SASARAN

Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.

PERINGKAT PENGAJIAN

Sijil

TEMPAT PENGAJIAN

Kolej Komuniti

SYARAT
  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
  • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin)
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
PERMOHONAN / PERTANYAAN

Pelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya


Talian Utama : 03 – 8870 6000
Faks : 03 – 8870 6839

Source: https://biasiswa.moe.gov.my/biasiswa/index_penajaan.php

Back to Scholarships Page