StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

PELAWAAN PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2023

Sponsored by: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Deadline3 March 2023
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local & international

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa warga negara Malaysia
yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2023 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang atau Kewangan Islam di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia.

Pemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian
melalui portal https://esilav2.jpa.gov my mulai 30 Januari 2023 sehingga
3 Mac 2023. Borang permohonan yang telah dilengkapkan tersebut
hendaklah dicetak, ditandatangani serta dikemukakan bersama-sama
dengan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan dan diterima oleh
pihak JPA sebelum atau pada 10 Mac 2023 sama ada melalui serahan
tangan / pos ke alamat berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Panduan lengkap permohonan beserta syarat-syarat adalah seperti di
Lampiran A. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03 – 8885
3053 / 3571 atau e-mel kepada [email protected].

Notis Iklan

Lampiran A - Panduan

Lampiran 1 - Senarai IPT Tempatan

Lampiran 2 - Senarai IPT Terkemuka Dunia

Lampiran 3 - Senarai Bidang dan Sub-Bidang 

Lampiran 4 - Panduan Menulis Kertas Cadangan

Borang PPSM

Sila Klik di Sini Untuk Mohon

 

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会