StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

Permohonan Tawaran Biasiswa Limkokwing B40 Bagi Sesi Kemasukan Jun 2022

Sponsored by: Limkokwing University of Creative Technology
DeadlineOngoing
Organisation TypePrivate Higher Educational Institutions
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local

Limkokwing University of Creative Technology kini menawarkan 500 penempatan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda tetapi menghadapi kekangan kewangan.

Biasiswa ini di khususkan kepada dua kursus pengajian di Limkokwing University of Creative Technology, iaitu Diploma Teknologi Maklumat dan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Perkomputeran Mudah Alih.

Biasiswa Limkokwing B40 ini membantu mengurangkan tanggungan pengajian sebanyak 70% dan selebihnya ditawarkan dalam bentuk pinjaman daripada agensi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Diploma Teknologi Maklumat: 

  • Jumlah Pelajar
    300
  • Yuran Asal Pengajian (100%)
    RM 45,600
  • Yuran Pengajian Ditanggung IPT (70%)
    RM 31,920
  • Baki Yuran Yang Perlu Dijelaskan (30%)
    RM 13,680

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Perkomputeran Mudah Alih:

  • Jumlah Pelajar
    200
  • Yuran Asal Pengajian (100%)
    RM 46,000
  • Yuran Pengajian Ditanggung IPT (70%)
    RM 32,200
  • Baki Yuran Yang Perlu Dijelaskan (30%)
    RM 13,800

PTPTN menawarkan jumlah pinjaman selaras (penerima BKM) kepada pelajar yang layak untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma sebanyak RM 8,000.00 setahun (RM 24,000.00 untuk 3 tahun), manakala untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda sebanyak RM 14,030.00 setahun (RM 42,090.00 untuk 3 tahun).

Jumlah pinjaman yang diperuntukkan ini mampu menampung kos sara hidup pelajar sepanjang tahun pengajian. Diharapkan tajaan biasiswa untuk melanjutkan pengajian tinggi ini dapat meningkatkan kehidupan dan membantu keluarga pelajar khususnya and masyarakat Malaysia am nya.

Syarat Am Permohonan Biasiswa

Permohonan dibuka kepada calon-calon lepasan SPM, STPM dan Diploma:

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk Malaysia yang bertaraf Pemastautin Tetap.
  • Umur pemohon tidak melebihi 22 tahun ketika permohonan dihantar.
  • Pemohon disahkan sihat oleh doktor bertauliah dan telah mengikuti ujian saringan dan tidak menghidapi HIV, Hepatitis dan sebarang penyakit berbahaya.
  • Pemohon komited menjalani kursus pengajian sepenuh masa.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan mahupun tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
  • Pemohon tiada sebarang rekod buruk seperti tajaan ditamatkan atas masalah disiplin.
  • Pendapatan isi rumah keluarga pemohon adalah RM 4,850.00 ke bawah.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Lilyana binti Kamaruddin
T : 018-3832885 | E : [email protected]

Maklumat lanjut:
https://biasiswa.limkokwing.net/?gclid=CjwKCAjwkYGVBhArEiwA4sZLuBoLX9-4je8sp846B-yOXs6n8bT0PaQ4jFwIOy6ESU4wlXiLGWhf8BoCXXIQAvD_BwE

 

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会