StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

Tawaran Penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2023

Sponsored by: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Deadline2 April 2023
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local

Penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU) yang ditetapkan.

  1. Syarat Umum
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kesihatan yang baik
  • Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak diperingkat pengajian yang sama
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan)

  1. Syarat Khusus
  • Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup
  • Memenuhi syarat-syarat akademik seperti berikut:
    • Pelajar telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.30
    • Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa

  1. Bidang Pengajian
    • Kejuruteraan dan Teknikal
    • Seni Bina
    • Sains Sosial
    • Sains
    • Veterinar

JPA akan membiayai yuran pengajian mengikut kadar universiti awam sahaja (saluran alternatif/terbuka/private wing/pengajian tanpa subsidi yuran pengajian tidak ditaja). Manakala, kadar yuran pengajian di GLU adalah tertakluk kepada invois yang dikeluarkan oleh GLU.

Permohonan dibuka: 20 MAC 2023 – 02 APR 2023

Permohonan dan maklumat lanjut: https://www.jpa.gov.my/ atau http://esilav2.jpa.gov.my/

Saluran Pertanyaan: [email protected]
Tel: 03-8885 3297

Jangkaan keputusan dan Sesi mula tajaan: September 2023

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会