Deadline | 24 Ogos 2018 |
---|---|
Organisation Type | Government Agencies |
Fund Type | Scholarship |
Study Local or Abroad? | Local |
Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan daripada anak-anak Wilayah Persekutuan untuk memohon Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP bagi melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara sepenuh masa bagi kemasukan semester pertama 2018/2019.
Biasiswa kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama bagi kemasukan semester pertama 2018/2019.
Syarat-Syarat Am
- Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan) serta pemohon ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
- Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,500.00 sebulan. Berikut adalah kaedah pengiraan pendapatan perkapita keluarga :
Pendapatan kasar ketua keluarga dan pasangan (termasuk elaun tetap) / Bilangan tanggungan termasuk ketua keluarga dan pasangan = Tidak melebihi RM1,500.00 - Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
- Tawaran adalah tertakluk kepada :
- Penerimaan tawaran pengajian daripada IPT Awam
- Kemasukan ke semester 1, tahun 1
Kelayakan Akademik
Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM.
Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.00 dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma.
Cara Memohon
Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.
Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran passport.
Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:
- Surat Beranak.
- Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga.
- Penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri / tidak bekerja.
- Surat tawaran kemasukan ke IPTA (jika ada).
- Keputusan / transkrip peperiksaan :
- SPM
- STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma
Tarikh tutup permohonan : 24 Ogos 2018
Peringatan
Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak benar.
Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga.
Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat.
Sumber: http://www.yayasanwp.org/