StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Course Details
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) / The National University of Malaysia Logo

Bachelor of Science (Food Science & Nutrition) (Hons)

Offered by: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) / The National University of Malaysia
Exam BodyInternal Degree, Malaysia
Course Duration8 Sem
Part Time/Full TimeFull Time
Fees600/sem
FacultyFaculty of Science and Technology
Conducted entirely in MalaysiaYes
Awarding CountryMalaysia
Level of StudyBachelor's Degree Level
Field of StudyManufacturing & Processing
Stream RequirementsScience Stream
Course Description

Makanan dan kehidupan tidak boleh dipisahkan. Makanan yang berkhasiat dan berkualiti tinggi bukan sahaja penting untuk pembangunan negara dengan rakyat yang sihat tetapi juga merupakan faktor persaingan dalam ekonomi global dan seterusnya mempertingkatkan pendapatan negara. Polisi Pertanian Negara untuk alaf baru memberi penekanan kepada isu keperluan makanan yang mencukupi dan memenuhi cita rasa pengguna. Teknologi juga memberi impak kepada pengeluaran dan kualiti serta daya pemasaran dalam industri makanan hari ini.

Program Sains Makanan dan Pemakanan menggabungkan aspek asas sains makanan dan aspek pemakanan. Asassains makanan memberi tumpuan kepada pengeluaran, pemprosesan, pengawetan, pemasaran dan kualiti makanan. Pemakanan pula memfokus kepada pengambilan makanan dan penggunaan nutrien. Paduan kedua-dua aspek ini boleh menghasilkan produk makanan yang berkhasiat dan berkualiti secara terancang dan dinamik.

Program ini dibentuk untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja untuk menampung keperluan tenaga manusia dalam industri makanan negara tetapi diharapkan boleh membantu menangani isu dan permasaalah semasa berkaitan dengan makanan di peringkat global. Pelajar diwajibkan melalui latihan industri di kilang swasta atau pusat penyelidikan serta menjalankan latihan ilmiah untuk mendapatkan pengalaman penyelidikan di makmal. Graduan yang telah lulus kebanyakannya menceburi bidang industri pengeluaran makanan sebagai kerjaya. Di samping itu, program juga menjalankan penyelidikan bersama dengan institusi penyelidikan kerajaan seperti Lembaga Penyelidikan Minyak Sawit (MPOB), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Institut Penyelidikan Piawaian dan Industri Malaysia (SIRIM).

Entry Requirements

KELAYAKAN MINIMUM STPM 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:

• Biology

• Physics

• Chemistry

• Mathematics T / Further Mathematics T

 

KELAYAKAN MINIMUM MATRIKULASI

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:

• Biology

• Physics

• Chemistry

• Mathematics

All fees are in RM (Ringgit Malaysia) currency unless stated otherwise.


Other Courses in this Level of Study Other Courses in this Field of Study

Back to Courses