Pengajian untuk mengenal pasti dan membangunkan pasaran, mempromosi dan menjual barangan dan perkhidmatan, kajian terhadap tingkah laku dan trend pengguna.
Mengaplikasikan prinsip dan amalan menjual dan berinteraksi dengan pelanggan, teori pemasaran, pembangunan produk, pengurusan stok, pemasaran, penentuan harga, pengedaran, strategi pemasaran dan pengiklanan serta promosi.
Mengenal pasti keperluan pengguna dan membangunkan strategi penjualan yang membantu mencapai matlamat perniagaan sesebuah organisasi.
Pemasaran muncul di semua peringkat perniagaan. Ia adalah proses untuk mendapatkan pengguna yang berminat dalam produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat.
Belajar tentang pemasaran 4P – produk, harga, tempat dan promosi.
Jualan merujuk kepada unit, peranan, aktiviti dan proses di sesebuah organisasi jualan yang dapat menyokong, membolehkan dan mendorong pasukan jualan barisan hadapan untuk menjual dengan lebih baik, cepat dan cekap.
Beberapa disiplin pembelajaran:
- pemasaran, pengiklanan, perhubungan awam, tingkah laku pengguna, membeli dan menjual, pemborongan dan peruncitan.
Klik pautan ini untuk meneroka senarai kemungkinan pekerjaan dan kursus yang ditawarkan oleh institusi dalam bidang pengajian ini.
https://studymalaysia.com/career-guide/fields-of-study-marketing-and-sales