StudyMalaysia.com

Education News

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

July 3, 2014 | Editor's Desk

Adakan anda berminat untuk mengikuti Program Matrikulasi / Asasi bagi persediaan untuk menyambung kursus di peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam? Sila ikuti antara syarat-syarat berikut:

Tawaran & Tarikh Tutup

1.0  Cara Permohonan

Mulai sesi 2011/2012, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia hanya menggunakan permohonan melalui internet sahaja.

2.0  Tarikh Tutup

Tarihk tutup ialah pada 10 Oktober 2014.

3.0 Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses. 

4.0  Semakan Permohonan

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2015 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

5.0  Semakan Keputusan Permohonan

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan April 2015 untuk mengetahui status permohonan. 

6.0  Surat Tawaran dan Pendaftaran

Pelajar perlu mencetak sendiri surat tawaran dan membawa bersama semasa calon mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

7.0  Rayuan

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila layari:

http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/Manual_mohon.cfm

Back to News Page

View Other categories: NATIONAL | CAMPUS | ACHIEVEMENT | EDITOR'S DESK

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会