StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Education News

TAWARAN MENGIKUTI KOREA-MALAYSIA TEACHER EXCHANGE PROGRAMME (KOMTEP) DI BAWAH PROGRAM ASIA-PACIFIC TEACHER EXCHANGE FOR GLOBAL EDUCATION (APTE), REPUBLIK KOREA TAHUN 2016

May 25, 2016 | National News

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) akan melaksanakan ambilan bagi Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) dengan jalinan kerjasama Kementerian Pendidikan Republik Korea dan Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding, UNESCO (APCEIU) bagi tahun 2016. Program ini akan bermula pada Jun 2016 dengan penempatan seramai enam (6) orang guru Korea di tiga (3) buah sekolah di WP Kuala Lumpur manakala guru dari Malaysia akan dihantar ke Republik Korea mulai Ogos 2016 selama tiga (3) bulan.

Objektif program ini adalah untuk mewujudkan jalinan kerjasama pintar peringkat antarabangsa antara guru sekolah Republik Korea dan Malaysia serta memberi peluang kepada guru Malaysia mempertingkatkan kompetensi melalui pendedahan sebenar dan menimba pengalaman baharu secara amali berkaitan amalan terbaik proses pengajaran dan pembelajaran di Republik Korea.

Maklumat selanjutnya: http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=5309

 

Back to News Page

View Other categories: NATIONAL | CAMPUS | ACHIEVEMENT | EDITOR'S DESK

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会