StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Education News

Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) Ambilan Sesi Oktober 2022

July 27, 2022 | National News

Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) dibuka khusus kepada guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

PDP PAKK merupakan salah satu inisiatif berterusan KPM dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.
Permohonan untuk ambilan sesi Oktober 2022 akan mula dibuka pada 26 Julai 2022 (Selasa) sehingga 26 Ogos 2022 (Jumaat).

Program ini dibuka khas kepada guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini khusus untuk melatih guru tadika swasta dalam perkhidmatan, bagi mendapatkan kelayakan akademik minimum Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK).

Program pengajian yang ditawarkan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan ikhtisas dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan guru tadika swasta mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

PDP-PAKK ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.

Layari https://bit.ly/pdppakk untuk mendapatkan maklumat lanjut serta borang permohonan.

Sumber:
https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/banner/program-diploma-perguruan-pdp-pendidikan-awal-kanak-kanak-pakk-ambilan-sesi-oktober-2022


Back to News Page

View Other categories: NATIONAL | CAMPUS | ACHIEVEMENT | EDITOR'S DESK

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会