Scholarships

Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2019

Sponsored by: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Deadline31 Mac 2019
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa semua pelajar yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Biasiswa ini dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA).

Peluang terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan. Biasiswa ini adalah khusus kepada pelajar universiti awam SAHAJA.

 

Objektif Program

  • Melahirkan tenaga pengajar dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi memenuhi keperluan di sekolah menengah seluruh negara; dan
  • Memberi motivasi kepada calon guru yang berprestasi tinggi untuk mengekalkan kecemerlangan ke arah menjadi tenaga pengajar yang inovatif dan berkepakaran.

 

Bidang Pengajian

  1. Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu / Bahasa Malaysia
  2. Bahasa Inggeris / TESL / TESOL
  3. Sejarah
  4. Geografi
  5. Sains Rumah Tangga / Ekonomi Rumah Tangga
  6. Pendidikan Jasmani & Kesihatan
  7. Seni Visual
  8. Pendidikan Khas
  9. Kimpalan & Fabrikasi Logam

 

Tempat Pengajian

Semua Universiti Awam di seluruh negara

 

Syarat Permohonan

Syarat Umum

  1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
  2. Umur calon tidak melebihi dua puluh lima (25) tahun pada 1 Januari 2019 (tahun permohonan);
  3. Calon adalah pelajar Fakulti Pendidikan di UA yang sedang mengikuti pengajian tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang ditetapkan oleh KPM;
  4. Calon belum menerima sebarang tawaran biasiswa/tajaan/ikatan perjanjian dari mana-mana penaja;
  5. Calon bersedia melepaskan tajaan sedia ada sekiranya ditawarkan biasiswa ISMP oleh KPM;
  6. Calon sihat tubuh badan;
  7. Calon aktif dalam kegiatan kokurikulum; dan
  8. Calon bukan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Syarat Asas Akademik

  1. Calon memiliki sijil penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam;
  2. Calon mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (peperiksaan bertulis dan Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  3. Calon LULUS mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  4. Calon mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas bagi keputusan semester terkini (semester 1 atau 2 sahaja) di peringkat Ijazah Sarjana Muda; dan
  5. Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Catatan: Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan pertama perlu LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temu duga sebelum ditawarkan biasiswa ini.

 

Tatacara Permohonan

  • Permohonan biasiswa ISMP dibuka setahun sekali menerusi portal permohonan atas talian (online) https://epenawaran.moe.gov.my.
  • Tempoh permohonan bagi sesi tajaan 2019/2020 adalah mulai 1 Mac 2019 (Jumaat), jam 4.00 petang (GMT+8) hingga 31 Mac 2019 (Ahad) jam 11.59 malam (GMT+8).
  • Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Permohonan yang tidak lengkap, lewat, tidak memenuhi syarat dan/atau dihantar melalui kaedah lain selain daripada tatacara permohonan yang ditetapkan tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Peringatan: Calon tidak boleh membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar seperti surat sokongan, panggilan telefon atau lain-lain medium perhubungan daripada pihak istana, ahli politik dan lain-lain pihak yang berpengaruh untuk memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap urusan permohonan biasiswa ISMP dan pegawai awam yang terlibat dalam urusan permohonan termasuk menguruskan, mempertimbangkan dan memperakukan permohonan, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pihak lain.

 

Kaedah Pemilihan

  • Syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan oleh KPM;
  • Ujian Kelayakan Calon Guru; dan
  • Penilaian oleh panel temu duga.

 


Sumber: https://www.moe.gov.my/index.php/my/pemberitahuan-2019/4912-biasiswa-ijazah-sarjana-muda-pendidikan-ismp-tahun-2019

Back to Scholarships Page