StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

JPA Penawaran Program Penajaan Nasional (PPN) 2017

Sponsored by: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
Deadline22 Mac 2017, 5.00 petang
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Organisation AddressJabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 6, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA, MALAYSIA
(u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)

Pertanyaan Penajaan
W: 8.00 pagi - 5.00 petang
T: 03-8885 3564 / 3489 / 3436 / 3892 / 3550
E: [email protected]

Talian Teknikal
W: 2:00 tengahari - 5.00 petang
T: 03-8885 3445 / 3227 / 3724 / 3680
E: [email protected]
Study Local or Abroad?Local

Penawaran Program Penajaan Nasional (PPN) kepada pelajar paling cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 yang akan dibuka secara atas talian (eProfiling) di pautan www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my.

Pelajar yang tersenarai dikehendaki untuk mengisi eProfiling PPN 2017 mulai 17 Mac 2017 (Jumaat) jam 5.00 petang hingga 22 Mac 2017 (Rabu) jam 5.00 petang. Kegagalan pelajar berbuat demikian akan menyebabkan pelajar tidak akan dipertimbangkan penajaan dibawah Program ini.

Sila rujuk Semakan Senarai Nama Pelajar

 

PENGENALAN

Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2017 merupakan penajaan kepada 20 orang pelajar paling cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 mengikut senarai Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia.

Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan di 10 universiti terbaik dunia mengikut bidang seperti yang disenaraikan dalam QS World University Ranking.

 

SYARAT PENAJAAN

Syarat Umum

  1. Calon adalah warganegara Malaysia;
  2. Calon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
  3. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan
  4. Calon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana- mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.

Syarat Khusus

  1. Menduduki peperiksaan SPM tahun 2016 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta dan calon-calon persendirian;
  2. Mendapat keputusan gred A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil. Minimum bilangan mata pelajaran yang dinilai adalah sebanyak sembilan (9) mata pelajaran; dan
  3. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

 

CARA MEMOHON

Pelajar yang berminat perlu mengisi profiling secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my atau eProfiling yang dibuka khusus kepada calon terlibat sahaja.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (5 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:30 pagi hingga jam 5:30 petang.

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 22 Mac 2017 (Rabu) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

 

TARIKH-TARIKH PENTING

Aktiviti Tarikh
e-Profiling dibuka 17 Mac 2017
e-Profiling ditutup 22 Mac 2017
Keputusan Penawaran 2 Jun 2017


Syarat-syarat permohonan boleh dibaca disini.

 

Sumber: http://esilav2.jpa.gov.my/

 

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会