StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

JPA - Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2018

Sponsored by: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
Deadline22 Mei 2018 (Selasa) jam 5.00 petang
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama. Pelajar akan ditaja di peringkat ijazah pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked University (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan);
  3. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  4. Mempunyai kesihatan yang baik dan;
  5. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SPMV untuk melayakkan lantikan ke Perkhidmatan Awam.

Syarat Khusus

Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
  2. Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
    • Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:
      • Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.30 atau;
      • Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi satu daripada syarat berikut:
        • Memperoleh sekurang-kurangnya 3.50 di peringkat diploma dari UA/Politeknik/IPTS (GLU) yang disenaraikan; atau
        • Memperoleh sekurang-kurangnya 3.75 di peringkat persediaan (foundation) di IPTS (GLU) yang telah disenaraikan.
      • dan, Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa;
    • Bidang Perubatan dan Pergigian:
      • sedang mengikuti pengajian di tahun pertama; dan;
      • lulus bagi semester pertama di tahun pertama bagi bidang perubatan dan pergigian.

Semua bidang adalah ditaja di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2018 KECUALI bidang-bidang seperti berikut:

  • Bidang pendidikan;
  • Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;
  • Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;
  • Program-program berkembar / dual award / double degree dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UKM-UDE dan UMP-HsKA);
  • Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
  • Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan
  • Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian.

 

MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  • Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat milik Kerajaan (GLC); atau
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

 

CARA MEMOHON

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/ selama tujuh (7) hari mulai 16 Mei 2018 (Rabu). Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2018 sebagai bukti permohonan telah dibuat. Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 mulai 16 hingga 22 Mei 2018 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 22 Mei 2018 (Selasa) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

 

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my/ pada Ogos 2018 (tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian). Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal eSILA.

 


Sumber: http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PIDN&auth=4497

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会