Scholarships

Program JPA Biasiswa Japan - IMF Scholarship Program For Asia (JISPA)

Sponsored by: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
Deadline31 Mac 2017
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local

Biasiswa ini terbuka untuk pengajian peringkat Sarjana (Partnership-Track) dan Ph.D (Open-Track) secara sepenuh masa.

Calon perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Japan -IMF Scholarship Program For Asia (JISPA) dan juga memenuhi syarat-syarat berikut: 

  1. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
  2. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
  3. Pegawai berumur tidak lebih daripada 50 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 45 tahun bagi peringkat kedoktoran (Ph.D) pada tarikh tutup permohonan;
  4. Mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik;
  5. Telah mengisytiharkan harta;
  6. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skip perkhidmatan terkini berturut-turut (2013, 2014, 2015);
  7. Bersih daripada pertuduhan/ tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  8. Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA;
  9. Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari 2 November 2016);
  10. Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti; dan
  11. Mengikuti pengajiaan di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai.

 

Tatacara Permohonan/ Pencalonan

Tanggungjawab Pegawai

Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal http://esilav2.jpa.gov.my dan http://www.imf.org/external/oap/schol.htm serta mengisi borang-borang seperti berikut:

  1. Borang JPA(L) LDP 1A/96 - (Lampiran B);
  2. Borang JPA(L) LDP 1B/96;
  3. Perakuan Ketua Jabatan -(Lampiran C); dan
  4. IMF Regional Office for Asia Scholarship Application Form.

Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar kepada Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip yang telah disahkan);
  3. Salinan passport;
  4. Salinan TOEFL/ IELTS;
  5. IMF Regional Office for Asia Scholarship Application Form;
  6. Surat tawaran universiti (bagi pengajian peringkat Ph.D); dan
  7. Salinan tesis di peringkat Sarjana (bagi pengajian peringkat Ph.D).

 

Permohonan dibuka seperti berikut:

Bil
Peringkat Pengajian
Tarikh Permohonan Online
Tarikh Tutup Permohonan Online
1  Sarjana 2 November 2016 11 November 2016
2 Ph.D 12 November 2016 31 Mac 2017

Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.

Tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan
  1. Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya membuat semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk memperakukan pegawai-pegawai yang sesuai serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja.
  2. Semua percalonan hendaklah diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2005. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Panel Pembangunan Sumber Manusia untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:
    • Mengisi Borang Laporan Panel Pembangunan Sumber Manusia Kementerian/ Jabatan untuk kursus dalam perkhidmatan -JPA(L) LDP 1A/96 (Lampiran B) dan Borang Perakuan Ketua Jabatan (Lampiran C); dan
    • Hanya percalonan yang disokong dan diperakukan oleh PPSM sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan ini. Perakuan percalonan mestilah dikemukakan bersama-sama dokumen-dokumen seperti di perenggan 4.1 dan 4.1.1

Pemilihan calon yang berjaya akan diputuskan oleh pihak penaja. Bersama-sama ini disertakan maklumat tawaran biasiswa untuk panduan pegawai.

 

Tarikh Tutup Permohonan/ Pencalonan

Tarikh tutup permohonan secara dalam talian bagi pegawai yang ingin memohon adalah seperti berikut:

Bil
Peringkat Pengajian
Tarikh Tutup Permohonan Online
Tarikh Tutup Pencalonan Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan
1  Sarjana 11 November 2016 11 November 2016
2 Ph.D 31 Mac 2017 14 April 2017

 

Pencalonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Jabatan ini di alamat berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3 Blok C2, Kompleks C
62510 Putrajaya
(i.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

 

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini, sila hubungi:

Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan
No.Telefon: 03-88853546
No.Faks: 03-88892171
Emel: idp@jpa.gov.my

 

Mohon sekarang : ePermohonan

Sumber : Program JPA Biasiswa Japan - IMF Scholarship Program For Asia (JISPA)

Back to Scholarships Page