Scholarships

Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN

Sponsored by: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
DeadlineOngoing
Organisation TypeNational Higher Education Fund Corporation
Fund TypeEducation Funds
Study Local or Abroad?Local

Pengenalan

Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.
 

Permohonan Pinjaman

Syarat-Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Pendapatan (kasar) bulanan ibu bapa atau penjaga tidak melebihi RM50,000 (setelah ditolak RM250 seorang tanggungan);
  4. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);*
  5. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan berdaftar dengan PTPTN*;
  6. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) semester;
  7. Telah membuka akaun Simpan SSPN Prime/ Simpan SSPN Plus**

* Hanya kursus yang diluluskan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan kemudahan pinjaman PTPTN.

** Hanya akaun Simpan SSPN Prime yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun Simpan SSPN Prime 15 digit.
 

Tawaran Pinjaman Pendidikan

Kali Pertama

  • Tawaran pinjaman pendidikan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh PTPTN. Klik di sini
  • Tempoh pinjaman ditentukan mengikut semester semasa permohonan lengkap diterima.
  • Keputusan permohonan pinjaman. Klik di sini
  • Panduan mencetak dan mengisi dokumen perjanjian tawaran pinjaman. Klik di sini.
  • Tempoh sah laku tawaran pinjaman adalah 14 hari dari tarikh kelulusan.
  • Dokumen perjanjian lengkap perlu dilekatkan setem hasil dan dihantar bersama salinan surat pengajian.
  • Peminjam yang ingin menolak tawaran pinjaman perlu menghantar Borang Pembatalan dan Penolakan
    Tawaran Pinjaman Pendidikan PTPTN di mana-mana Pejabat PTPTN Negeri.

Kali Kedua

Tawaran pinjaman kali kedua akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut;

  • Tamat pengajian bagi pinjaman terdahulu.
  • Telah menyelesaikan baki pinjaman bagi mereka yang membatalkan pinjaman, gagal atau berhenti pengajian untuk pinjaman terdahulu.
  • Kelulusan hanya diberikan kepada peminjam yang melanjutkan pengajian di peringkat yang sama atau lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu.
     

Pengeluaran Pinjaman Pendidikan

  • Pengeluaran pinjaman pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap kepada PTPTN.
  • Pengeluaran pinjaman kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat berikut:
  1. Masih meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan; dan
  2. Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.0 ke atas.
  • PTPTN tidak terlibat di dalam urusan pemotongan yuran pengajian IPT. Amaun pinjaman akan dikreditkan terus ke akaun pelajar mengikut semester tertakluk kepada pengesahan yang diberikan oleh IPT. Sebarang pertanyaan melibatkan pemotongan yuran pengajian perlu dirujuk kepada IPT masing-masing.
     

Pinjaman Pendidikan Yang Ditawarkan

PERINGKAT PENGAJIANKATEGORI IPT YANG DIBIAYAI
Diploma Sepenuh MasaIPTA, Politeknik dan IPTS
Diploma Separuh MasaIPTA, Politeknik dan IPTS*
Diploma PJJIPTA
Diploma LanjutanIPTA dan Politeknik
Ijazah Pertama Sepenuh MasaIPTA dan IPTS
Ijazah Pertama Separuh MasaIPTA dan IPTS*
Sarjana Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJIPTA
Doktor Falsafah Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJIPTA
Kursus Profesional Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJIPTA


Laman Web:
https://www.ptptn.gov.my/pinjaman-pendidikan/ 

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会