Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP)
Sponsored by Majlis Amanah Rakyat (MARA)
MAKLUMAT PERMOHONAN
-
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA melalui pautan: www.mara.gov.my bermula 31 March - 15 April 2022
-
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan syarat akademik yang telah ditetapkan.
-
Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
SYARAT UMUM
-
Warganegara Malaysia.
-
Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera
-
Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga seperti berikut:
-
Kategori 1: Yuran & Elaun Sara Hidup
Pendapatan bulanan RM8,000 ke bawah
Pendapatan tahunan bercukai - RM100,000 ke bawah -
Kategori 2: Yuran Sahaja
Pendapatan bulanan RM8,001 ke RM15,000
Pendapatan tahunan bercukai - RM100,001 - RM180,000
-
Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
-
Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
-
Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
-
Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
SYARAT AKADEMIK:
Pelajar Baharu
1. Mendapat CGPA > 3.00 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM serta setaraf;
2. Telah mendapat tawaran/mendaftar di IPT bermula Januari 2022.
Pelajar Sedia Ada
1. Mendapat CGPA > 3.00 bagi semester terdahulu; DAN
2. Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun
Lain-lain Syarat
Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM
Kelayakkan akademik bagi program Perubatan, Pergigian, dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Professional.
CARA MEMOHON
-
Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.mara.gov.my
-
Calon hendaklah memastikan maklumat lengkap telah diisi.
-
Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan serta perlu mencetak dan menghantar dokumen yang berkaitan kepada MARA.
-
Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
-
Sebarang pertanyaan mengenai program dan masalah teknikal boleh dibuat dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang melalui emel ke alamat; [email protected].
Want to Know More About Scholarship
Have questions about studying in Malaysia? Fill out the form below to submit your inquiry and receive information and advice on education options, course fees, scholarhips, and more.
You can discover a wide range of universities and colleges in Malaysia that align with your academic goals , campus preferences, location and within your budget. Find the perfect place to pursue your studies and achieve your aspirations. Parents too, can explore a list of quality international schools for their children.