StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

TKWBNS - Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2018

Sponsored by: Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
Deadline31 Ogos 2018
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeLoans
Study Local or Abroad?Local

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam serta swasta dalam negara.

 

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

Syarat-Syarat Am :

Syarat-Syarat Permohonan 

Keterangan 

Kelahiran 

Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau 

Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau 

Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR

Peringkat Pengajian 

Pemohon telah MENDAFTARKAN DIRI untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O Level / sijil - sijil profesional / pelajar Kolej Vokasional seluruh negara adalah tidak layak memohon)

Penajaan 

Hanya pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja layak memohon. Pelajar yang telah mendapat tajaan (pinjaman/biasiswa) contohnya PTPTN, JPA, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON.

Pencapaian Akademik 

Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan

Tahun Pengajian 

Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN / diberi tempoh pelanjutan pengajian. 

Syarat Akademik :

Peringkat Pengajian 

Kelayakan Akademik 

Ijazah Sarjana Muda Pertama 

Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau 

Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau 

Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM

Diploma 

Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau 

Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas. 

Sijil (IPTA) 

Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM

Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja

Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM

Iklan Tawaran 

Hebahan melalui laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor
http://www.selangor.gov.my 

Hebahan melalui laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor
http://tkwbns.selangor.gov.my

Kaedah Permohonan 

Permohonan adalah secara online sahaja di Portal rasmi TKWBNS 

Tarikh Permohonan 

Permohonan dijadualkan dibuka seperti berikut: 

Sesi Pertama: 1 - 28 Februari 

Sesi Kedua: 1 - 30 Ogos 

Temuduga 

Pemohon yang mengemukakan permohonan lengkap dan layak akan disenarai pendek untuk temuduga. 

Temuduga dijadualkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas tarikh tutup permohonan. 

Pemohon yang tidak dipanggil temuduga di anggap tidak berjaya 

Tawaran 

Hanya pemohon yang disokong panel dan mencapai markah minimum yang ditetapkan akan ditawarkan pembiayaan. 

Keputusan tawaran akan diumumkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas selesai urusan temuduga. 

Semakan Temuduga / Keputusan 

Hebahan panggilan temuduga dan tawaran dibuat melalui portal rasmi TKWBNS. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk membuat semakan dari semasa ke semasa

Urus Setia tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul akibat daripada kegagalan pemohon untuk membuat semakan sendiri. 

Kuota Penerima 

Kuota 1,500 peminjam sahaja setahun. 

Purata jumlah permohonan yang diterima adalah 6,000 pemohon setahun. 

Kriteria Pemilihan 

Mengisi dan memuatnaik semua dokumen permohonan ke dalam sistem dengan LENGKAP

Memenuhi semua syarat kelayakan memohon. 

Menghadiri temuduga dan mendapat sokongan panel temuduga 

Mencapai markah minimum jumlah keseluruhan merit yang diambil kira. 

Pemohonan yang memenuhi semua Syarat Kelayakan Memohon TIDAK SEMESTINYA ditawarkan pinjaman. 

 

Kadar Pinjaman

Ijazah Perubatan (Perubatan/Pembedahan/Pergigian/Veterinar)RM7,000

Peringkat Pengajian Kadar Pinjaman (Setahun)
Ijazah Sarjana Muda RM6,500
Diploma RM4,900
Sijil RM4,000

Kadar ini adalah terpakai bagi pengajian di institusi awam dan swasta.

* Pelajar Ijazah Perubatan yang mempunyai pembiayaan PTPTN adalah layak untuk memohon.

* Pelajar selain Ijazah Perubatan tidak dibenarkan mempunyai 2 penajaan dalam satu masa.

 

Kaedah Pembayaran Pinjaman Kepada Pelajar

Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun Bank Muamalat Pelajar.

Pelajar yang berjaya ditawarkan Pinjaman Pelajaran adalah diwajibkan untuk membuka akaun Bank Muamalat sahaja.

Pembayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun, mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan oleh Urus Setia.

 

Permohonan Sesi Kedua

Dibuka pada 1 - 31 OGOS 2018.

Bagi pemohon yang baru mendaftar, sila klik di sini
Bagi pemohon yang telah mendaftar pada sesi terdahulu, sila klik di sini

Sila semak keputusan permohonan anda selepas DUA (2) minggu dari tarikh permohonan ditutup. 


Sumber: http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/index.php/tentang-kami/pinjaman-pelajaran-negeri-selangor

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会