Scholarships

TNB Prime Scholarship

Sponsored by: Yayasan Tenaga Nasional
Deadline15 Oktober 2023
Organisation TypePrivate Sector / Organisation
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local

Anda bakal mahasiswa/mahasiswi yang masih mencari peluang biasiswa pendidikan? Jom mohon TNB PRIME Scholarship Yayasan Tenaga Nasional bagi pengambilan Oktober 2023 bagi program di Universiti Awam Tempatan!

Di manakah saya boleh membuat permohonan TNB Prime Scholarship (Biasiswa)?

Anda boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman sesawang Yayasan Tenaga Nasional : https://ytn.tnb.com.my

Bilakah tarikh buka dan tutup permohonan tajaan?

TNB Prime Scholarship (Biasiswa) untuk Universiti Awam

> Bermula 23 September hingga 15 Oktober 2023.

Apakah peringkat penajaan yang ditawarkan?

TNB Prime Scholarship (Biasiswa) :

  1. Peringkat Persediaan hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di universiti terkemuka Luar Negara > tiada tawaran dibuka buat masa ini.
  2. Peringat Asas hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di UNITEN > tiada tawaran dibuka buat masa ini.
  3. Peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam

Apakah bidang pengajian yang ditaja?

TNB Prime Scholarship (Biasiswa) di Luar Negara (SUDAH TUTUP) :

Pengambilan 2023: Kejuruteraan (Elektrik Kuasa) • Data Sains

TNB Prime Scholarship (Biasiswa) di UNITEN (SUDAH TUTUP) :

Pengambilan 2023: Kejuruteraan (Elektrik Kuasa) • Sains Komputer • Perakaunan

TNB Prime Scholarship (Biasiswa) di Universiti Awam - Pengambilan Oktober 2023 :

Pengambilan 2023: Kejuruteraan Elektrik Kuasa • Sains Komputer

> Bidang pengajian yang akan ditaja adalah berbeza-beza setiap tahun.

Apakah syarat umum untuk memohon TNB Prime Scholarship (Biasiswa) ?

  • Khusus untuk pelajar baru Tahun Satu Semester Pertama Ijazah Sarjana Muda kemasukan Okt 2023 yang telah mendapat tempat pengajian/ surat tawaran universiti di Universiti Awam.
  • Pemohon berstatus Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari dalam tahun permohonan dibuat.
  • Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa YTN.
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
  • Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.

Apakah syarat kelayakan akademik untuk memohon TNB Prime Scholarship (Biasiswa)?

TNB Prime Scholarship (Biasiswa) di Luar Negara : > tiada tawaran dibuka buat masa ini

  • Lulus peperiksaan SPM dengan mencapai minimum Level B1 dalam Bahasa Inggeris (CEFR) dan memperolehi minimum A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian yang akan ditawarkan.

TNB Prime Scholarship (Biasiswa) di UNITEN : > tiada tawaran dibuka buat masa ini

  • Lulus peperiksaan SPM dengan mencapai minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik dan memperolehi minimum A- dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian yang akan ditawarkan.

TNB Prime Scholarship (Biasiswa) di Universiti Awam :

  • Lulus STPM dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50, atau
  • Lulus Diploma/ Matrikulasi/ Asas dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA /PNGK 3.50

Selain daripada syarat umum permohonan dan kelayakan akademik, apakah kriteria lain pemilihan penawaran bagi TNB Prime Scholarship (Biasiswa)?

Kriteria pemilihan penawaran bagi TNB Prime Scholarship (Biasiswa) merangkumi penilaian ujian Psikometrik dan penglibatan kokurikulum calon.

Jika saya tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tetapi saya ingin mencuba untuk memohon, adakah dibenarkan?

Pemohon tidak dihalang untuk membuat permohonan namun dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu. Hanya pemohon yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan sahaja layak dipertimbangkan.

Bolehkah saya menggunapakai keputusan peperiksaan IGCSE atau peperiksaan lain yang setaraf untuk memohon?

Tidak boleh. Hanya keputusan peperiksaan yang telah ditetapkan sahaja digunapakai sebagai syarat kelayakan akademik.

Bahasa apa yang perlu saya gunakan semasa mengisi permohonan?

Pemohon boleh mengisi permohonan menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu sahaja.

Adakah saya perlu menghantar borang atau apa-apa dokumen semasa membuat permohonan?

Tidak perlu. Tiada dokumen hardcopy yang perlu diserahkan kepada YTN semasa permohonan dibuat kerana semua permohonan adalah secara dalam talian sahaja.

Bilakah saya akan mendapat maklumbalas selepas menghantar permohonan secara dalam talian?

Semua permohonan akan diproses untuk disenaraipendek terlebih dahulu. Pemakluman tarikh untuk nama calon yang berjaya disenaraipendek boleh disemak di laman sesawang Yayasan Tenaga Nasional.

>> Pemohon dinasihatkan supaya menyemak laman sesawang YTN https:// ytn.tnb.com.my bagi mendapatkan maklumat yang terkini.

Apakah proses permohonan tajaan?

TNB Prime Scholarship (Biasiswa):

  • Permohonan dibuat secara dalam talian sahaja
  • Calon akan disenaraipendek
  • Calon yang disenaraipendek sahaja perlu memuatnaik dokumen sokongan di portal permohonan YTN
  • Calon akan ditemuduga secara bersemuka atau secara dalam talian
  • Pemakluman keputusan calon berjaya yang mendapat tawaran tajaan YTN
  • Pengesahan penerimaan tawaran tajaan oleh calon berjaya di portal permohonan YTN
  • Calon berjaya perlu memuat turun Surat Tawaran Tajaan YTN dan dokumen yg berkaitan
  • Penghantaran dokumen sokongan hardcopy oleh calon berjaya ke Pejabat YTN

Adakah saya wajib melalui proses ujian temuduga sebelum ditawarkan TNB Prime Scholarship?

Ya, hanya pemohon TNB Prime Scholarship (Biasiswa) yang berjaya disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk ke sesi temuduga. Sebarang maklumat berkaitan temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa.

Adakah Yuran Penginapan termasuk dalam bentuk tajaan pelajaran yang akan diterima?

Tidak. Pelajar tajaan dinasihatkan untuk menggunakan peruntukan Elaun Sara Hidup (ESH) secara berhemah bagi membiayai perbelanjaan makan minum, penginapan dan lain-lain keperluan.

Apakah kelebihan jika berjaya ditawarkan TNB Prime Scholarship, selain mendapat pelbagai elaun?

Pelajar tajaan TNB Prime Scholarship (Biasiswa) berpeluang untuk membuat dan menyertai:·

  • Program Student CSR Exploration (SCoRE)
  • Acara Temasya Sukan Tahunan
  • Community Support Activities
  • Pelbagai program pembangunan pelajar

Bolehkah saya memohon biasiswa atau tajaan dari lain-lain agensi sekiranya saya telah membuat permohonan dengan YTN?

Boleh. Pemohon bebas untuk memohon biasiswa atau tajaan dengan mana-mana agensi. Namun, pemohon dikehendaki memilih satu badan penaja sahaja bagi membiayai kos pengajian pada satu-satu masa.

Sekiranya saya cukup syarat kelayakan tetapi tidak memohon secara dalam talian dalam tempoh ditetapkan, adakah saya boleh memohon secara manual menggunakan surat permohonan?

Tidak. Tiada permohonan secara manual dibenarkan bagi pemohon yang cukup syarat kelayakan dan tidak memohon dalam tempoh yang ditetapkan. Permohonan yang diterima secara manual tidak akan diproses.

Bolehkah permohonan rayuan dibuat sekiranya permohonan tidak berjaya?

Rayuan permohonan tidak akan diproses. Keputusan penawaran adalah muktamad.

Bagaimana cara untuk mengakses portal permohonan tajaan sekiranya saya terlupa kata laluan?

Sekiranya pemohon terlupa kata laluan, sila tekan pautan Lupa Kata Laluan, kemudian lengkapkan maklumat yang diminta seperti emel yang telah didaftarkan. Setelah lengkap, tekan butang Hantar.

Bagaimanakah saya boleh membuat semakan keputusan permohonan tajaan?

Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di portal permohonan YTN dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini. Secara lazimnya, pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui sms atau emel.

Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi YTN sekiranya ada sebarang pertanyaan?

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh disalurkan melalui emel ke [email protected] atau hubungi terus talian di 03-89247500.

Laman Web: https://ytn.tnb.com.my/ 

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会