StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

YPPB - Peneraju High Impact Programme (HIP) (Kursus Online)

Sponsored by: Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)
DeadlineOngoing
Organisation TypePrivate Sector / Organisation
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local

Tidak dinafikan bahawa pandemik COVID-19 telah menyebabkan ekonomi, sosial dan kesihatan seluruh dunia terjejas teruk dan negara kita juga tidak terkecuali. Rentetan itu, ramai individu telah diberhentikan kerja dan kadar pengganguran juga turut meningkat sejak penularan wabak tersebut.

Program menaik taraf (upskill) dan latihan semula (re-skill) kemahiran amat penting supaya belia lebih bersedia untuk kekal relevan dalam dunia pasca COVID-19 bagi memastikan supaya memberikan nilai tambah bagi kemahiran sedia ada serta membantu meningkatkan kebolehpasaran pekerja.

Oleh itu, Peneraju High Impact Programme (HIP) telah diperkenalkan untuk menyediakan program menaik taraf dan melatih semula berkaitan skil-skil Revolusi Perindustrian 4.0, skil-skil Abad ke-21 atau skil-skil yang relevan & signifikan dengan kehendak dan keperluan industrii.

Kursus-kursus dalam talian ini adalah ditaja sepenuhnya* oleh pihak Yayasan Peneraju dan akan diadakan secara atas talian. Peserta juga akan menerima sijil selepas tamat kursus. Jadual di bawah merupakan senarai kursus yang tawarkan di bawah Peneraju HIP:

 

Data Labelling for the Future of AI

Kursus selama 7 – 8 minggu ini memfokuskan kepada aspek berbeza di dalam data labelling. Kursus in akan mengasah kemahiran komputer, pemikiran logikal dan kritikal dan pendedahan kepada Kecerdasan Buatan/Artificial Intelligence dan Pembelajaran Mesin/Machine Learning. Modul merangkumi:

  1. Pengenalan kepada Kecerdasan Buatan/Artificial Intelligence
  2. Penglihatan Komputer/Computer Vision (Video dan Penjelasan Imej)
  3. Natural Language Processing (Audio/Text)
  4. Entity Resolution (Data Cleansing and Web Research)

Sijil Penyertaan oleh Alegion (Malaysia) Sdn Bhd akan disediakan untuk setiap peserta.

Syarat-syarat kelayakan

  1. Bumiputera Warganegara Malaysia.
  2. Berumur antara 18-45 tahun.
  3. Terbuka kepada pelajar tahun akhir, golongan bekerja dan juga tidak bekerja.

Penyedia Latihan

Alegion (Malaysia) Sdn Bhd

Permohonan

Mohon sekarang melalui laman web https://form.jotform.com/210129211610437

 

Career Breakthrough Online Course

Kursus komprehensif dan kondusif yang interaktif dan modul terkini untuk memastikan peserta seiring dan relevan dengan era transformasi digital. Kursus ini memfokuskan kepada  kesediaan tenaga kerja , kemahiran insaniah dan kemahiran keusahawanan. Modul merangkumi:

  1. Kesediaan Tenaga Kerja, karier & pembangunan diri dan rundingan
  2. Mengurus kritikan di tempat kerja, kepimpinan berkualiti & latihan peningkatan kemahiran insaniah
  3. Penguasaan skil teknikal yang penting
  4. Meneroka minda dan perjalanan keusahawanan bersama usahawan berpengalaman

Sijil Penyertaan oleh Finnext Capital Sdn Bhd akan disediakan untuk setiap peserta

Syarat-syarat kelayakan

  1. Bumiputera Warganegara Malaysia.
  2. Berumur antara 18-45 tahun.
  3. Terbuka kepada pelajar tahun akhir (pra-siswazah dan pasca-siswazah) golongan bekerja dan juga tidak bekerja.

Penyedia Latihan

Finnext Capital Sdn Bhd

Permohonan

Mohon sekarang melalui laman web https://bit.ly/HIP-signupeng


Sumber: https://yayasanpeneraju.com.my/peneraju-high-impact-programme-hip-kursus-atas-talian-online/

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会