Contact Us Contact Us
Scholarships

YPPB - Peneraju Teknologi 2021

Sponsored by: Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)
Deadline18 July, 31 July 2021
Organisation TypePrivate Sector / Organisation
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local

Tenaga kerja berkemahiran tinggi terutamanya dalam bidang teknologi dijangka bakal mendapat permintaan besar sejajar dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) di negara kita. Pelancaran Industry 4WRD pada 2018 menjadi titik tolak kepada pelaksanaan program teknologi secara lebih menyeluruh dan berfokus.

 

Peneraju Teknologi Data Star - Data Analyst, Data Engineer & Junior Data Scientist

Peneraju Profesional Data Star adalah salah satu program inisiatif Yayasan Peneraju meningkatkan penyertaan Bumiputera di dalam bidang Teknologi khususnya Data Raya Profesional sejajar dengan perkembangan pesat IR 4.0 di Malaysia.

Bagi memenuhi permintaan industri yang semakin tinggi untuk penganalisa data raya dari pelbagai spektrum, Peneraju Profesional Data Star menawarkan tiga trek berbeza: Data Engineer, Data Analyst dan Junior Data Scientist. Ketiga-tiga trek ini memberi latihan spesifik mengikut rangkaian permintaan yang berbeza oleh industri, dan ia mampu memenuhi minat dan kecenderungan peserta yang berlainan sub-disiplin dalam bidang data raya.

Latihan program dijalankan secara sepenuh masa, yang mengsasarkan graduan lepasan ijazah sarjana muda untuk meraih pensijilan secara fast-track bagi menceburi kerjaya di dalam ekonomi digital berpendapatan kompetitif dengan sasaran tidak kurang daripada RM3,000 sebulan.

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia dan Bumiputera;
  2. Umur di antara 21 hingga 28 tahun semasa mengikuti Program;
  3. Calon disahkan sihat oleh pegawai perubatan hospital kerajaan/swasta serta disahkan bebas dari penyakit berjangkit atau penyakit kronik (yang memerlukan rawatan dan penjagaan doktor) (jika berkenaan);
  4. Berminat memasuki Program yang merangkumi latihan serta pekerjaan;
  5. Merupakan graduan lepasan ijazah sarjana muda komputer sains, teknologi maklumat, kejuruteraan, matematik, statistik, sains hayat, sains aktuari, ekonomi, robotik dan automasi, kecerdasan buatan, perniagaan dan komersial, kewangan dan perbankan, dan bidang-bidang lain yang berkaitan;
  6. Pengalaman kerja tidak lebih dari 3 tahun (sekiranya ada);
  7. Terma-terma lain yang telah dipersetujui.

Peluang yang Ditawarkan

Pensijilan profesional yang khusus seterusnya peluang pekerjaan di dalam bidang teknologi, dengan sasaran pendapatan tidak kurang daripada RM3,000 sebulan dalam tempoh dua belas (12) bulan selepas tamat latihan.

Jenis Bantuan yang Ditanggung

  • Yuran latihan dan pensijilan
  • Program Pembangunan & Pemupukan (Nurture & Development Programme)
  • Elaun bulanan tetap dan elaun penginapan

Proses Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi Yayasan Peneraju www.yayasanpeneraju.com.my atau terus berhubung dengan rakan program kami, The Center of Applied Data Science Sdn Bhd di 03-27322751 dan https://www.thecads.com/datastar/

Tarikh Tutup Permohonan: 18 Julai 2021

Untuk maklumat selanjutnya, sila rujuk disini.

 

Peneraju Teknologi Sijil Profesional Industri Tambahan & Peneraju Teknologi Pensijian Untuk Siswazah

Pembiayaan di bawah Program Peneraju Teknologi – adalah ditawarkan kepada pelajar tahun akhir Bumiputera yang berumur antara 18 sehingga 25 tahun yang sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi di Malaysia untuk memperolehi pensijilan profesional atau industri dalam bidang teknologi. Melalui program ini lebih ramai Bumiputera yang mempunyai pensijilan profesional atau industri dalam bidang Teknologi akan dapat dihasilkan. 

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Bumiputera warganegara Malaysia
  2. Calon berumur dari 18 hingga 25 tahun
  3. Pelajar Ijazah Sarjana Muda tahun akhir dalam bidang teknologi di institusi pengajian tinggi di Malaysia
  4. CGPA semasa tidak kurang dari 2.50

Jenis Bantuan yang Ditanggung

  • Yuran pengajian dan pensijilan sahaja

Proses Permohonan

Calon perlu mengisi borang permohonan melalui pautan berikut: https://forms.gle/KmxCbK2G5wak8fiNA

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Julai 2021

Untuk maklumat selanjutnya, sila rujuk disini.

 


Source: https://yayasanpeneraju.com.my/

Back to Scholarships Page