StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Course Details
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) / The National University of Malaysia Logo

Bachelor of Environmental and Occupational Health (Hons)

Offered by: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) / The National University of Malaysia
Exam BodyInternal Degree, Malaysia
Course Duration8 Sem
Part Time/Full TimeFull Time
Fees600/Sem
FacultyFaculty of Health Science
Conducted entirely in MalaysiaYes
Awarding CountryMalaysia
Level of StudyBachelor's Degree Level
Field of StudyEnvironmental Protection
Stream RequirementsScience Stream
Course Description

Pembangunan negara Malaysia adalah berteraskan alam sekitar, sumber asli dan industri. Dengan iltizam ke arah mencapai status negara maju, Wawasan 2020 negara menghendaki bumi terus subur dan produktif serta persekitaran yang terus berkualiti. Untuk mencapai matlamat tersebut, pelbagai usaha dalam bidang pendidikan telah dijalankan. Justeru, pendidikan kesihatan persekitaran dan keselamatan industri perlu dititikberatkan bagi memelihara dan membaiki kualiti alam sekitar serta memberi kesedaran untuk menjamin kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup masyarakat pada masa kini dan akan datang.

Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri merupakan bidang yang penting bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat dan keselamatan pekerja melalui peningkatan kualiti persekitaran yang sihat dan selamat. Ini meliputi kualiti udara, air, tanah dan bunyi, pengurusan sisa bermudarat dan sisa pepejal yang berkesan serta pelbagai aspek kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang lain.

Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Kesihatan dirangka bagi memastikan salingkait di antara kesihatan dan persekitaran serta kepentingan isu kesihatan dan keselamatan di industri difahami. Selain daripada itu ia juga mengkaji kesan pembangunan, sosiobudaya serta persekitaran fizikal dan mental terhadap kesihatan. Program ini juga menitikberatkan kepentingan pembangunan lestari dalam pencegahan dan pengawalan masalah kesihatan persekitaran.

Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri di fakulti ini meliputi skop yang luas di mana ia membenarkan graduan diterima oleh pelbagai sektor ekonomi negara sama pihak swasta, kerajaan atau badan berkanun.

Entry Requirements

STPM 2P+1P+SPM Cr. In BM+MUET/Matriculation Cert.

Career Prospects
  • Ahli Kesihatan Persekitaran dan pegawai yang mengamalkan bidang kesihatan persekitaran di Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi & Alam Sekitar, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, dan badan-badan berkanun lain
  • Pegawai Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan di sektor swasta dan industri
  • Pegawai penyelidik di sektor awam dan swasta
  • Ahli keselamatan makanan di syarikat dan industri makanan
  • Ahli akademik di institusi pengajian awam dan swasta
  • Amalan persendirian

All fees are in RM (Ringgit Malaysia) currency unless stated otherwise.


Other Courses in this Level of Study Other Courses in this Field of Study

Back to Courses

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会