Pemakanan merupakan satu bidang pelbagai disiplin yang boleh memberi kefahaman tentang bagaimana pengambilan makanan boleh mempengaruhi kesihatan. Kepentingan pemakanan dalam pencegahan penyakit telah mendapat perhatian dan diberi tumpuan di Malaysia.
Pemakanan bermula dengan asas sains pemakanan yang kuat. Ia meliputi kefahaman tentang bagaimana makanan dihasilkan dan diproses. Ia juga
merangkumi bagaimana nutrien diperolehi daripada makanan, serta kesan metabolik dari pengambilan pelbagai jenis makanan ke atas kesihatan.
Faktor sosial dan psikologi yang mempengaruhi pilihan makanan juga penting. Pendekatan secara multidisiplin diperlukan untuk memahami bidang ini termasuk kursus-kursus sokongan seperti biokimia, sains makanan, fisiologi, kemahiran komunikasi dan kesihatan persekitaran.
STPM 2P+1P+SPM Cr. In BM+MUET/Matriculation Cert.
Pakar pemakanan yang berkualiti sangat diperlukan untuk menjayakan program pencegahan penyakit kronik. Ia termasuk obesiti, diabetes, hipertensi dan penyakit jantung. Perkembangan minat masyarakat dalam pemakanan dan kesihatan telah meningkatkan peluang kerjaya graduan
pemakanan.
Bidang kerjaya graduan Program Sains Pemakanan terdapat di sektor awam dan swasta:
Explore your options and plan your next step.
Discover other programmes you may be interested in.