Program ini diwujudkan untuk menyahut keperluan industri yang pesat berkembang kini. Program ini menumpukan kepada gabungan teknologi komputer dan komunikasi serta memberi kemahiran yang diperlukan untuk memahami, merekabentuk, membekal dan menggunakan sistem komunikasi dan komputer dalam pelbagai aplikasi.
SPM+STPM+MUET
Graduan dari program ini boleh mempunyai peluang pembangunan kerjaya dalam pelbagai industri berkaitan seperti telekomunikasi, teknologi maklumat, computer dan pembuatan produk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), dan di setiap organisasi yang mempunyai rangkaian komunikasi dan kemudahan teknologi maklumat.