StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Course Details
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) Logo

Bachelor of Medicine and Surgery #

Offered by: Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
Exam BodyInternal Degree, Malaysia
Course Duration10 Sem
Part Time/Full TimeFull Time
Fees600 - 1000*/sem
Fees (International Student)1100/Sem
FacultyFaculty of Medicine
Conducted entirely in MalaysiaYes
Awarding CountryMalaysia
Level of StudyBachelor's Degree Level
Field of StudyMedicine & Healthcare
Stream RequirementsScience Stream
Additional NotesUPU Code (for reference): AT18
Course Description

Program Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) telah dimulakan pada sesi akademik Julai 2009/2010 dengan pengambilan pelajar seramai 30 orang. Program ini merupakan program pengajian sepenuh masa. Tempoh pengajian mengambil masa minimum selama lima tahun untuk mendapatkan ijazah dan tidak melebihi tujuh tahun (dari tarikh pendaftaran pertama pengajian).

Entry Requirements
  1. Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam Bahasa  Malaysia

Lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya:

  1. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am

dan

  1. Gred C (NGMP 2.00) dua mata pelajaran lain

atau

Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains sekurang-kurangnya 2.0

atau Kelayakan diploma atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya dan diiktiraf oleh SENAT UniSZA

dan

Lulus "Malaysian University English Test" (MUET) sekurang-kurangnya Band 1.

  1. Syarat Khas Fakulti

Lulus matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan kelulusan setara dengan mendapat sekurang- kurangnya minimum PNGK 3.60

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ pada peringkat matrikulasi dalam  matapelajaran berikut:

  1. Biologi
  2. Kimia
  3. Fizik / Matematik

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ pada peringkat SPM dalam  matapelajaran berikut:

  1. Matematik / Matematik Tambahan
  2. Biologi
  3. Fizik
  4. Kimia

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ pada peringkat SPM dalam  matapelajaran Bahasa Inggeris.

dan

Lulus "Malaysian University English Test" (MUET) sekurang-kurangnya Band 3.

Dan

Tiada kecacatan anggota

Dan

Lulus dalam penilaian temuduga

Career Prospects

Selepas berjaya menjadi doktor perubatan, graduan  dikehendaki menjalani perkhidmatan wajib dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Tempoh lama perkhidmatan adalah bergantung kepada jenis penajaan yang diterima semasa pengajian. Dua tahun yang pertama merupakan latihan siswazah atau housemanship. Pada masa ini, doktor baru akan belajar menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan yang sebenar di hospital-hospital besar kerajaan. Selepas itu, mereka akan dilantik sebagai pegawai perubatan dan akan ditempatkan sama ada di hospital besar, hospital daerah ataupun di klinik kesihatan di seluruh negara.

Pegawai perubatan yang telah berkhidmat selama tiga tahun berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana kepakaran perubatan ataupun sarjana sains yang ditawarkan oleh universiti-universiti tempatan dan luar negara. Selain daripada itu, pegawai perubatan juga boleh menduduki peperiksaan luaran seperti Royal College di United Kingdom, Ireland atau Australia untuk menjadi seorang pakar perubatan. Bagi kursus sarjana kepakaran perubatan di universiti tempatan, ianya mengambil masa minimum selama empat tahun.

Selepas lulus pengajian sarjana kepakaran perubatan dan diwartakan, mereka akan dilantik sebagai pakar perubatan dan seterusnya berpeluang mendapat kenaikan pangkat sebagai pakar perunding. Pakar perubatan juga boleh menyertai universiti tempatan untuk menjadi pensyarah perubatan di fakulti perubatan universiti tempatan.

All fees are in RM (Ringgit Malaysia) currency unless stated otherwise.


Other Courses in this Level of Study Other Courses in this Field of Study

Back to Courses

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会