Bachelor of Business Administration (Hons)

Course Information

Mode: Onsite
Duration: 8 Sem
Type: Full-time Study
Conducted in Malaysia: Yes
Level of Study: Bachelor's Degree Level
Faculty: Faculty of Economics & Management
Awarding Country: Malaysia
Exam Body: Internal Degree, Malaysia
Fees: 550/Sem

Course Overview

Program Bacelor Pentadbiran Perniagaan (BPP) mula ditawarkan pada tahun 1995 sebagai tambahan kepada program yang sedia ada pada ketika itu, iaitu Program Bacelor Perniagaantani yang telah ditawarkan sejak 1974. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran serta kebolehan dalam bidang pengurusan perniagaan bagi memenuhi permintaan pelbagai sektor perindustrian dan perkhidmatan.

Entry Requirements

Syarat Am Universiti

Setiap calon yang memohon untuk mengikuti program bacelor di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan mestilah memenuhi syarat am universiti, keperluan khas program dan syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. 

Kelayakan Minimum Calon STPM
i) Lulus SPM/setaraf dengan baik;
ii) Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf;
iii) Lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya:
- Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am/Kertas Am; dan
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; dan
iv) Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET). 

Syarat Minimum Calon Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)/Asasi Sains UM/ Tahun Asas UTM
i) Lulus SPM/setaraf dengan baik;
ii) Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf
iii) Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
iv) Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET). 

Syarat Minimum Calon Kelayakan Setaraf
i) Lulus SPM/setaraf dengan baik;
ii) Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf;
iii) Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan
iv) Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET). 

Career Prospects

Pelajar yang mengikuti program ini mampu:
• Bekerja di sektor swasta, sebagai eksekutif dalam bidang pemasaran, kewangan, operasi, sumber manusia dan bidang fungsian yang lain di organisasi tempatan dan antarabangsa dalam industri perbankan, hartanah, pengeluaran, perdagangan, telekomunikasi dan sebagainya.
• Bekerja di sektor awam sebagai pengurus di jabatan kerajaan dan badan berkanun.
• Menjadi usahawan yang berwibawa.

  • All fees are in RM (Ringgit Malaysia) currency unless stated otherwise.

Ask About This Course

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会