Contact Us Contact Us
Scholarships

JPA - Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2020/2021

Sponsored by: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
Deadline6 Mac 2020
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local & international

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2020/2021 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

 

Syarat Permohonan

Pemohon-pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

Syarat-Syarat Khusus

  1. Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  2. Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;
  3. Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan;
  4. Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di Lampiran A1 atau di universiti terkemuka dunia mengikut bidang yang dipersetujui oleh JPA seperti di Lampiran A2;
  5. Senarai kursus di bawah bidang Sains dan Teknologi adalah seperti di Lampiran A3; dan
  6. Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

Penerima BYDPA dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan dan diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun setelah tamat pengajian. Sekiranya calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian yang ditetapkan.

 

Senarai Universiti Tempatan

Bidang Ekonomi / Undang-Undang / Sains dan Teknologi

Bil. Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
1 Universiti Malaya (UM)
2 Universiti Sains Malaysia (USM)
3 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4 Universiti Putra Malaysia (UPM)
5 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Bidang Kewangan Islam

Bil. Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
1 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
2 International Centre For Education In Islamic Finance (INCEIF)
3 Universiti Malaya (UM)
4 Universiti Sains Malaysia (USM)
5 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
6 Universiti Putra Malaysia (UPM)
7 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

 

Panduan Memohon

Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (on-line) melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my/ mulai jam 5.00 petang, 10 Februari 2020.

Tarikh tutup bagi permohonan talian (on-line) di http://esilav2.jpa.gov.my/ dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan yang lengkap adalah pada 6 Mac 2020.

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

 


Sumber: http://esilav2.jpa.gov.my/

Back to Scholarships Page