StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

JPA - Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (Sepenuh Masa) 2019 / 2020

Sponsored by: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
Deadline29 Februari 2020
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local

Sukacita Jabatan ini mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pelaksana (Persekutuan) yang berminat untuk memohon kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) bagi mengikuti pengajian di peringkat Sijil dan Diploma TVET, Diploma serta Ijazah Pertama.

Kerajaan melalui pengumuman Bajet Tahun 2017, bersetuju menyediakan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa Kumpulan Pelaksana (CBBPDBKP) yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa bagi sesi 2018.

Kemudahan ini bertujuan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat bagi memberi peluang kepada Kumpulan Pelaksana untuk meningkatkan pengetahuan melalui perolehan sijil-sijil akademik dan latihan kemahiran yang diiktiraf sesuai dengan keperluan perjawatan dan perkhidmatan yang diberikan di samping mempertingkatkan kualiti hidup dan boleh menjana pendapatan yang lebih baik.

Bermula tahun 2019, kemudahan ini telah ditambahbaik dengan penawaran pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa dan dijenamakan semula sebagai Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP).

Bagi pengajian secara sepenuh masa, permohonan dibuka bermula 1 Mac 2019 sehingga 29 Februari 2020 manakala pengajian separuh masa akan diiklankan pada April 2019.

 

Bidang Pengajian

  1. Bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (12 hingga 24 bulan) dan Diploma Kemahiran Malaysia (24 hingga 36 bulan) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) seperti LAMPIRAN 2. Walau bagaimanapun, bidang-bidang ini adalah tertakluk kepada penawaran semasa oleh mana-mana politeknik, kolej komuniti atau pusat-pusat bertauliah awam tersebut; dan
  2. Bidang keperluan guna tenaga perkhidmatan awam bagi kemasukan peringkat Diploma (36 bulan) dan Ijazah Pertama (48 bulan); kecuali bidang profesional/kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar dan Undang-Undang seperti LAMPIRAN 3. Bidang Pendidikan terhad kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sahaja.

 

Syarat Umum

  1. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (Kumpulan Pelaksana) yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
  2. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini;
  3. Mencapai markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun di skim perkhidmatan terkini secara berturut-turut (2015, 2016 & 2017) atau (2016, 2017 & 2018). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
  4. Telah menerima tawaran melanjutkan pengajian pada tahun 2019/2020 secara sepenuh masa dan belum memulakan pengajian di pusat-pusat bertauliah awam yang ditauliahkan oleh JPK/ kolei komunitil politeknikl politeknik premier) universiti awam yang dipersetujui JPA;
  5. Pegawai yang memohon kemudahan ini hendaklah mengikuti kursus pada peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik yang telah dimiliki;
  6. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/sederhana/pendek di bawah kemudahan cuti belajar sedia ada seperti berikut:
    Tempoh Kursus Tempoh Menunggu (Dikira bermula tarikh memulakan pengajian)
    Lebih 12 bulan 2 tahun
    Lebih dari 3 bulan, kurang dari 12 bulan 1 tahun
    Kurang dari 3 bulan Tiada
  7. Permohonan diperaku oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan;
  8. Bebas dari sebarang pertuduhan / tindakan tatatertib / dakwaan mahkamah;
  9. Bukan peminjam tegar pinjaman pelajaran atau bukan dalam senarai hitam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau badan penaja lain;
  10. Telah mengisytiharkan harta; dan
  11. Calon perlu bebas dari sebarang penyakit kronik seperti LAMPIRAN 4;

 

Syarat Khusus

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (TVET)

  1. Had umur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2019;
  2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun pada 1 Januari 2019;
  3. Memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia;
  4. Pegawai mengikuti kursus/latihan kemahiran yang setahap atau kombinasi dengan tempoh 12 hingga 24 bulan;
  5. Ditawarkan bidang pengajian pada tahun 2019/2020 yang ditetapkan seperti LAMPIRAN 2 di politeknik, kolej komuniti atau pusat-pusat bertauliah awam yang ditauliahkan oleh JPK seperti LAMPIRAN 5.

DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (TVET)

  1. Had umur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2019;
  2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun pada 1 Januari 2019;
  3. Memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia;
  4. Pegawai mengikuti kursus/latihan kemahiran yang setahap atau kombinasi dengan tempoh 24 hingga 36 bulan; dan
  5. Ditawarkan bidang pengajian pada tahun 2019/2020 yang ditetapkan seperti LAMPIRAN 2 di pusat-pusat bertauliah awam yang ditauliahkan oleh JPK/ politeknik/ kolej komuniti seperti LAMPIRAN 5.

DIPLOMA

  1. Had umur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2019;
  2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun pada 1 Januari 2019;
  3. Memperoleh pencapaian akademik sekurang-kurangnya lima (5) kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk subjek Bahasa Melayu dan Sejarah atau setara (mengikut syarat keperluan Universiti);
  4. Ditawarkan bidang pengajian pada tahun 2019/2020 yang ditetapkan seperti LAMPIRAN 3 di universiti-universiti awam atau politeknik seperti LAMPIRAN 6; dan
  5. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

IJAZAH PERTAMA

  1. Had umur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2019;
  2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun pada 1 Januari 2019;
  3. Memperoleh pencapaian akademik sekurang-kurangnya lima (5) kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk subjek Bahasa Melayu dan Sejarah atau setara (mengikut syarat keperluan universiti);
  4. Memiliki kelulusan sama ada Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ A-Level atau yang setara dengannya;
  5. Memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) sebelum memulakan pengajian;
  6. Ditawarkan bidang pengajian pada tahun 2019/2020 yang ditetapkan seperti LAMPIRAN 3 di universiti-universiti awam atau politeknik premier seperti LAMPIRAN 6; dan
  7. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

 

Kemudahan

  1. Calon yang berjaya akan ditawarkan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBPDB) bagi mengikuti pengajian dengan penajaan biasiswa daripada kerajaan yang merangkumi bayaran yuran pengajian dan elaun-elaun yang berkelayakan sepanjang tempoh pengajian;
  2. Kemudahan ini akan ditamatkan sekiranya pegawai tidak berjaya mengekalkan prestasi akademik 3.00 Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) setiap semester bagi pengajian peringkat Diploma/Diploma Kemahiran Malaysia dan Ijazah Pertama; dan
  3. Penerima kemudahan juga tertakluk kepada ketetapan dalam Garis Panduan Dasar Pelaksanaan Tindakan Mengenakan Penalti Kepada Pemegang Biasiswa Dalam Perkhidmatan Yang Gagal Menamatkan Pengajian Dengan Jaya.

 

Ikatan Perjanjian Dengan Kerajaan

Calon yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan dan pegawai adalah tertakluk kepada tempoh ikatan kontrak yang dikenakan untuk berkhidmat dengan kerajaan.

 

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi permohonan secara atas talian di portal eSila, JPA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my.

Bagi memohon PPKP (Diploma & Ijazah Pertama) - Sila rujuk pautan ini.

Bagi memohon PPKP (TVET) - Sila rujuk pautan ini.

Permohonan dibuka mulai 1 Mac 2019 hingga 29 Februari 2020.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak DALAM TIGA SALINAN untuk dihantar kepada Ketua Jabatan DAN Ketua Perkhidmatan masing-masing dan disertakan bersama-sama:

  1. Borang JPA(L)LDP 1A/96;
  2. Borang Perakuan Ketua Jabatan;
  3. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  4. Salinan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) – bagi pemohon pengajian Diploma TVET;
  5. Salinan Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ A-Level/ setara -- bagi pemohon pengajian Ijazah Pertama;
  6. Salinan Buku Perkhidmatan;
  7. Salinan surat tawaran pusat-pusat bertauliah awam/ kolej komuniti/ politeknik/ politeknik premier/ universiti awam yang dipersetujui JPA;
  8. Slip pengiktirafan kursus oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang dicetak melalui pautan http://www2.mqa.gov.my/mgr/ bagi pemohon Diploma dan Ijazah Pertama sahaja;
  9. Salinan keputusan Malaysian University English Test (MUET) - bagi pemohon ljazah Pertama sahaja
  10. Senarai penuh mata pelajaran yang akan diambil beserta
    kalendar akademik pengajian;
  11. Salinan surat pelantikan ke Perkhidmatan Awam;
  12. Salinan Sijil Perkahwinan dan Sijil Kelahiran anak-anak (jika berkenaan).
  13. Borang Pengesahan Maklumat Pengajian (dibekalkan) – bagi pemohon Sijil dan Diploma TVET sahaja;
  14. Borang Pengesahan Perpindahan & Kebenaran Bawa Keluarga (dibekalkan); dan
  15. Borang Perakuan Kesihatan JPA (dibekalkan) atau borang pemeriksaan kesihatan kolej komuniti/ politeknik/ politeknik premier/ universiti awam.

Dokumen di perkara (iii) hingga (xii) di atas hendaklah disahkan oleh pegawai yang berkelayakan. Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.

 


Sumber: http://esilav2.jpa.gov.my/

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会