Course Details
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Logo

Bachelor of Technology (Environment)

Offered by: Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Exam BodyInternal Degree, Malaysia
Course Duration8 Sem
Part Time/Full TimeFull Time
Fees980/sem
FacultySchool of Ocean Engineering
Conducted entirely in MalaysiaYes
Awarding CountryMalaysia
Level of StudyBachelor's Degree Level
Field of StudyEnvironmental Protection
Stream RequirementsScience Stream
Course Description

Program ini menumpukan kepada permasalahan alam sekitar dari segi pencemaran air, udara dan tanah serta mempelajari kaedahkaedah rawatannya, termasuk juga aspek-aspek pengurusan sisa pepejal, pengurusan sisa toksid di samping mempelajari penilaian kesan alam sekitar akibat dari pembangunan fizikal. Perkara-perkara lain juga turut didedahkan kepada pelajar seperti pengurusan zon pantai, pengurusan gegaran dan bunyi bising, teknologi kitar semula, pemuliharaan dan pemulihan alam sekitar serta polisi dan undang-undang yang berkait dengan alam sekitar.

Entry Requirements

Syarat Am Universiti

 

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

dan

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;

atau

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2010 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya;

  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am;

dan

  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;

atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2010 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

 

Keperluan Khas Program

 

Bagi calon lepasan STPM / Matrikulasi tahun 2010 atau sebelumnya:-

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:

  • Physics / Engineering Physics Mathematics T/ Further Mathematics T / Mathematics / Engineering Mathematics / Engineering Science

 

 

Career Prospects
  • Pegawai/Pengurus/Ahli Teknologi dalam bidang :

- Sisa pepejal dan toksik

- Kualiti udara

- Rawatan air dan air sisa

  • Pegawai Perunding Penilai Alam Sekitar
  • Pegawai Penyelidik Alam Sekitar
  • Pendidik di dalam bidang alam sekitar

All fees are in RM (Ringgit Malaysia) currency unless stated otherwise.


Other Courses in this Level of Study Other Courses in this Field of Study

Back to Courses