Pengajian mengenai langkah, kaedah, peralatan dan teknologi yang diguna untuk mengubah bahan mentah menjadi produk pertengahan atau akhir untuk diguna atau dijual. Contoh bahan mentah termasuk lateks mentah, minyak mentah, kapas, arang batu, biomass mentah, bijih besi, udara, balak dan air.
Proses pembuatan termasuk penggunaan buruh, mesin, alat, pemprosesan bahan kimia dan biologi serta rumusan.
Mempelajari kaedah-kaedah acuan, membentuk, mengendali (haba atau salutan), pemesinan, pemprosesan bahan kimia dan biologi serta membentuk semula bahan.
Belajar membuat rekabentuk dan cara menghasilkan produk baru.
Proses pembuatan juga termasuk ujian dan pemeriksaan bagi jaminan kualiti semasa atau selepas pembuatan dan merancang proses pengeluaran sebelum pembuatan.
Beberapa disiplin pembelajaran:
- pemprosesan makanan, pembuatan produk dalam bahan, pembuatan tekstil / pakaian / kasut / produk kulit, pengekstrakan mineral / minyak / gas dari bumi, sains gunaan dan teknologi pembuatan.
Klik pautan ini untuk meneroka senarai kemungkinan pekerjaan dan kursus yang ditawarkan oleh institusi dalam bidang pengajian ini.
https://studymalaysia.com/career-guide/fields-of-study-manufacturing-and-processing