Student Info & Guide

Memilih Program Pra-Universiti yang tepat untuk anda: A-Levels

by StudyMalaysia.com on December 13, 2019 | Top Stories

Memilih Program Pra-Universiti yang tepat untuk anda: A-Levels - StudyMalaysia.com

Sekiranya anda mempunyai kelayakan SPM dan anda merancang untuk mengikuti ijazah sarjana muda, anda mungkin memerlukan kelayakan pra-U untuk mendapatkan kemasukan ke universiti atau kolej. Jadi, apakah program pra-U yang manakah patut anda pilih?


Program Cambridge A level

Program A-Level adalah program pra-universiti yang paling popular yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. Juga dikenali sebagai program ‘Advance Level’, A-Levels adalah sebanding dengan Tingakatan enam di Malaysia dan dianugerahkan oleh Cambridge International Examinations (CIE).

Mata pelajaran subjek A-level dibahagikan kepada dua tahap: Subsidiari Advanced (AS) dan Advance Two (A2), masing-masing menyumbangkan 50% ke gred peringkat akhir A-Level. Program A-level menawarkan dua aliran - Sains dan Seni dan dijalankan selama satu tahun setengah ke dua tahun. Pelajar biasanya mengambil 3-4 subjek - subjek yang ditawarkan dan gabungannya berbeza untuk setiap kolej, jadi anda perlu membuat semakan sebelum mendafatar.

Sekiranya anda mempunyai idea mengenai kursus ijazah sarjana yang anda ingin mengikuti di masa depan, maka anda perlu memastikan kombinasi subjek yang diambil adalah betul. Jika anda belum memutuskan apa yang anda ingin belajar pada peringkat ijazah, anda perlu mengecilkan bidang minat anda supaya anda dapat memilih gabungan subjek yang memberikan anda kelebihan pada masa anda memilih kursus ijazah sarjana.

Kelebihan:

  • A-Level telah lama dianggap sebagai "gold standard" untuk kelayakan pra-universiti.
  • Sekiranya anda belum pasti apa dan di mana anda ingin belajar di peringkat universiti, A-Level (dengan kombinasi subjek yang betul) akan memberikan anda banyak pilihan dalam jenis kursus dan universiti kerana kelayakannya memang diterima di peringkat global.
  • Sekiranya anda bersaing untuk mendapatkan biasiswa, A-Level adalah salah satu kelayakan paling tinggi yang digunakan sebagai penanda aras untuk pencapaian akademik.
  • Sekiranya anda merancang untuk memohon universiti terbaik, kemungkinan mereka akan mempertimbangkan A-Level untuk mengukur kehebatan akademik anda berbanding dengan kelayakan pra-universiti yang lain.

Keburukan:

  • Disebabkan ia adalah satu program yang ketat, ramai pelajar cenderung untuk menggugurkan satu mata pelajaran selepas tahap AS. Ini bermakna anda perlu memastikan anda mendapat gred minimum yang diperlukan dalam tiga mata pelajaran yang diambil.
  • Program ini mengambil masa yang lebih lama berbanding dengan kebanyakan program asas yang lain.

Adakah program A-Level tepat untuk anda? Berikut ialah senarai institusi yang menawarkan A-Level yang boleh anda pertimbangkan:

A-Level Edexcel International Advanced Levels

Offered by: SEGi College, Sarawak


Cambridge A Level (Arts & Science Stream)

Offered by: Kolej Yayasan UEM


Cambridge A Level in Arts

Offered by: Terra College


Cambridge A Level in Science

Offered by: Terra College


Cambridge GCE A Levels (Arts)

Offered by: TAR UC - Tunku Abdul Rahman University College


Cambridge GCE A Levels (Science)

Offered by: TAR UC - Tunku Abdul Rahman University College


Cambridge GCE A-Levels

Offered by: UCSI University


GCE A Level (Cambridge) - Arts

Offered by: KDU College, Damansara Jaya Campus


GCE A Level (Cambridge) - Pre-Law

Offered by: KDU College, Damansara Jaya Campus


GCE A Level (Cambridge) - Science

Offered by: KDU College, Damansara Jaya Campus


GCE A Level Science (3 Subjects)

Offered by: Brickfields Asia College (BAC)


GCE A Level Science (4 Subjects)

Offered by: Brickfields Asia College (BAC)


GCE A Levels

Offered by: First City University College


General Certificate of Education – Advance Level (GCE ‘A’ Level) (2 subjects)

Offered by: Brickfields Asia College (BAC)


General Certificate of Education – Advance Level (GCE ‘A’ Level) (2 subjects-Express route)

Offered by: Brickfields Asia College (BAC)


General Certificate of Education – Advance Level (GCE ‘A’ Level) (3 subjects)

Offered by: Brickfields Asia College (BAC)


General Certificate of Education – Advance Level (GCE ‘A’ Level) (4 subjects)

Offered by: Brickfields Asia College (BAC)


Cambridge A Levels

Offered by: Taylor's College - Subang Jaya Campus


Cambridge A Levels

Offered by: Taylor's College, Sri Hartamas


Cambridge GCE A Levels

Offered by: HELP Academy


Cambridge GCE Advanced Levels

Offered by: Sunway College KL


Edexcel International Advanced Levels

Offered by: HELP Academy


German A Level Preparatory Programme

Offered by: German Malaysian Institute (GMI)


Pelajar biasanya mengambil tiga hingga empat mata pelajaran. Berikut adalah contoh subjek yang ditawarkan di Malaysia:

Mata pelajaran sains Biologi, Kimia, Fizik
Matematik Matematik, Matematik Tambahan
Kemanusian Perakaunan, Sains Komputer, Psikologi, Perundangan, Ekonomi, Kesusasteraan dalam bahasa Inggeris, Pengajian Perniagaan, Perspektif Global & Penyelidikan, Kemahiran Pemikiran (di peringkat AS sahaja)

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program pra-universiti?


Looking for the English Version?


Source:

You May Also Be Interested In...


You can discover a wide range of universities and colleges in Malaysia that align with your academic goals , campus preferences, location and within your budget. Find the perfect place to pursue your studies and achieve your aspirations. Parents too, can explore a list of quality international schools for their children.

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会
Course Interest Test - Find out what course is right for you!