Scholarships

Biasiswa KFC

Sponsored by: KFC Malaysia
Deadline31 Julai 2024
Organisation TypePrivate Sector / Organisation
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local

Program Biasiswa KFC ini ditawarkan khas kepada pelajar dari keluarga B40 yang layak dan telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian  di peringkat Ijazah Sarjana Muda daripada universiti awam tempatan untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat universiti.

Initiatif ini merupakan komitmen KFC untuk membina negara bangsa dengan memberi peluang kepada semua pelajar untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Program Biasiswa KFC ini terbuka kepada pelajar yang mencapai keputusan akademik yang cemerlang tetapi memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk melanjutkan pengajian. Program yang direka khas ini menyediakan sokongan kewangan untuk menampung yuran pengajian dan perbelanjaan kos sara hidup kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian. Ini bagi memastikan bahawa batasan kewangan tidak menjadi penghalang untuk pelajar mencapai cita-cita mereka. 

Selain bantuan kewangan, Program Biasiswa KFC ini juga menyediakan intervensi berstruktur yang bertujuan untuk memupuk keperibadian unggul dan profesional di kalangan penerima.

Permohonan untuk pengambilan 2024/2025 telah dibuka.

Tentang Program Ini

Program Biasiswa ini bertujuan untuk membantu pelajar cemerlang yang telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di universiti awam di seluruh Malaysia.

 

Pembiayaan

  • Bayaran Yuran Pengajian sehingga 4 tahun.
  • Elaun bulanan.

Institusi Yang Dibenarkan

20 Universiti Awam di seluruh Malaysia.

Siapa Yang Boleh Memohon

  • Pelajar dari keluarga B40 yang berumur diantara 18 hingga bawah 21 tahun semasa pemohonan. Telah menerima surat tawaran tanpa syarat dari universiti awam Malaysia.
  • Mendapat keputusan SPM dengan sekurang-kurangnya 6A (gabungan A dan A+) dengan A atau A+ dalam mata pelajaran asas berikut: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Sejarah.
  • Mendapat keputusan STPM, Asasi atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0.
  • Mendapat keputusan STAM di tahap Jayyid Jiddan  dan PNGK minimum 3.0.

Langkah-Langkah Permohonan

1. Permohonan

Calon dikehendaki mengemukakan permohonan melalui laman web Biasiswa KFC. 
Permohonan kemudian akan disaring oleh Ahli Jawatankuasa Biasiswa KFC.

Permohonan untuk pengambilan 2024/2025 telah dibuka.

2. Penilaian Secara Dalam Talian

Calon-calon yang memenuhi syarat kelayakan akan dipanggil untuk menjalankan beberapa penilaian secara dalam talian. Ini bertujuan untuk menguji kebolehan dan sikap. Ia melibatkan ujian verbal dan numerik serta ujian peribadi dan moral.

  • Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk penilaian secara dalam talian.
  • Penilaian secara dalam talian akan dijalankan secara berterusan.

3. Pusat Penilaian

Calon-calon yang berjaya dalam penilaian secara dalam talian,  akan dijemput ke pusat penilaian untuk penilaian secara bersemuka. Di pusat penilaian, calon akan diuji tentang kualiti kepimpinan - seperti kecerdasan emosi, kerjasama, komunikasi, kreativiti, dan pemikiran kritis - Calon akan diperhatikan dan dinilai semasa proses ini.

  • Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk penilaian di Pusat Penilaian.
  • Penilaian akan dijalankan secara berterusan.

4. Temuduga

Calon yang berjaya akan dijemput untuk sesi temuduga  dengan Lembaga Penilaian Biasiswa KFC.

5. Surat Tawaran

Calon yang berjaya akan menerima tawaran melalui e-mel.

 

Daftar Sekarang
Untuk pertanyaan sila emel [email protected]
Laman Web: https://www.kfc.com.my/scholarship

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会