Deadline | 30 Mac 2018 |
---|---|
Organisation Type | Private Sector / Organisation |
Fund Type | Loans |
Study Local or Abroad? | Local |
Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon biasiswa dan pinjaman boleh ubah Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tertentu di UNITEN, Universiti Awam dan Universiti Terkemuka Luar Negara mengikut iklan yang dikeluarkan.
Syarat & Kelayakan Akademik
Peringkat Asas
Bidang Kejuruteraan
Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya C dalam bahasa Melayu dan
Memperolehi Agregat tidak melebihi 18 unit* (<18 unit) dalam lima (5) subjek-subjek berikut:
- Matematik (Gred minima = A-)
- Matematik Tambahan (Gred minima = B)
- Fizik (Gred minima = B)
- Kimia (Gred minima = C)
- Bahasa Inggeris (Gred minima = C)
Bidang Bukan Kejuruteraan
Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya C dalam bahasa Melayu dan
Memperolehi Agregat tidak melebihi 18 unit* (<18 unit) dalam kombinasi lima (5) subjek-subjek berikut:
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- 3 daripada subjek-subjek berikut:-
Sains / Fizik / Matematik Tambahan / Kimia / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi
atau
Pilih salah satu yang terbaik daripada subjek-subjek berikut:-
Pendidikan Moral / Pengetahuan Agama Islam/ Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
*Cara Pengiraan Aggregate: ( A+ = 0, A=1, A- =2, B+=3, B=4, C+=5, C=6, D=7, E=8, G=9 )
Peringkat Ijazah Sarjana Muda
- Lulus STPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.00 (PNGK > 3.00) atau
- Lulus Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.70 (PNGK > 2.70) dalam bidang yang berkaitan atau
- Lulus Matrikulasi / Asas dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.50 (PNGK > 2.50) dalam bidang yang berkaitan.
Syarat Tambahan Permohonan
- Peringkat Asas, mestilah berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1/1/2018.
- Hanya pemohon kemasukan Mei 2018 yang telah mendapat tempat di UNITEN sahaja layak memohon.
- Peringkat Ijazah Sarjana Muda, hendaklah berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1/1/2018.
- Telah mendapat tempat di UNITEN.
- Bagi para pelajar Ijazah yang sedang dalam pengajian, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.70 (PNGK > 2.70) berdasarkan keputusan peperiksaan terkini (Semester 2, 2017/2018)
- Penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada sesuatu masa, iaitu seorang di UNITEN dan seorang lagi di IPTA.
- Pendapatan ibu bapa diambilkira dalam menentukan jenis Pinjaman Boleh Ubah yang ditawarkan, iaitu sama ada bantuan penuh atau separa.
- Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan Pinjaman Boleh Ubah adalah tidak layak memohon.
Penghataran Dokumen
- Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja yang perlu menghantar dokumen sokongan. Pelajar baharu yang disenarai pendek diwajibkan menghantar salinan surat tawaran Universiti dan resit BMK bersama dengan dokumen sokongan yang lain.
- Semua dokumen sokongan perlu disahkan dan hendaklah dimajukan ke alamat berikut:-
Pengarah
Yayasan Tenaga Nasional
Peti Surat 70
Pejabat Pos Bandar Baru Bangi
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Nilai Bantuan Pinjaman Boleh Ubah
Jenis Pinjaman Berdasarkan Pendapatan Ibu-bapa | Nilai Bantuan Pinjaman |
---|---|
Pinjaman Penuh - Calon anak anggota kerja TNB atau - Calon awam yang ibu-bapanya berpendapatan tidak melebihi RM8,000 (< RM8,000) sebulan. |
Peringkat Asas & Ijazah Yuran Pengajian + Elaun Sara Hidup (RM 6,000 setahun) + Elaun Buku (RM 600 setahun) |
Pinjaman Separa - Calon awam yang ibu-bapanya berpendapatan melebihi RM8,000 (> RM8,000) sebulan. |
Peringkat Asas & Ijazah Yuran Pengajian + Elaun Buku (RM600 setahun) |
Tarikh-Tarikh Penting
- Tarikh buka permohonan adalah mulai 15 - 30 Mac 2018
- Tarikh semakan nama calon yang disenarai pendek bermula pada 4 April 2018
- Tarikh penghantaran dokumen sokongan adalah mulai 4 April - 16 April 2018
Lain-Lain
- Bilangan pinjaman boleh ubah yang ditawarkan adalah TERHAD.
- Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
- Permohonan yang tidak mendapat apa –apa maklumat selepas tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
- Penajaan berkuatkuasa mulai Semester 1, 2018/2019 bagi yang berjaya.
Pertanyaan
Sebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungi YTN di talian am 03-89247500 atau pegawai berikut:
Pengambilan
- En. Mohd Nasir Ali (samb : 7511)
- En. Khairil Anuar Mohamad (samb : 7531)
- Cik Fatimah Mustafa (samb : 7539)
- En. Mohamad Syahir (samb : 7529)
Teknikal / Sistem
- Encik Muhamad Ros Azmir (samb : 7523)
- Pn Noor Marhammah Wahab (samb : 7543)
Layari http://ytn.tnb.com.my/sam/ untuk membuat permohonan.
Lain-lain Tawaran
- Yayasan Tenaga Nasional Biasiswa Program Universiti Terkemuka Luar Negara 2018
- Yayasan Tenaga Nasional Biasiswa UNITEN Peringkat Asas / Sarjana Muda 2018
- Yayasan Tenaga Nasional Pinjaman Boleh Ubah UNITEN Peringkat Diploma 2018
- Yayasan Tenaga Nasional Pinjaman Boleh Ubah Universiti Awam Peringkat Diploma / Sarjana Muda 2018
Source: http://ytn.tnb.com.my/sam/iklanunitenpbuasasdegree.php