Deadline | 30 Mac 2018 |
---|---|
Organisation Type | Private Sector / Organisation |
Fund Type | Loans |
Study Local or Abroad? | Local |
Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon biasiswa dan pinjaman boleh ubah Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tertentu di UNITEN, Universiti Awam dan Universiti Terkemuka Luar Negara mengikut iklan yang dikeluarkan.
Hanya terbuka kepada anak anggota kerja TNB dan anak-anak syarikatnya sahaja
Syarat & Kelayakan Akademik
Bidang Kejuruteraan
- Kejuruteraan Elektrik Kuasa
- Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Mekanikal
Bidang Bukan Kejuruteraan
- Teknologi Maklumat
- Sains Komputer
- Perakaunan
- Kewangan
- Ekonomi
- Pengajian Bisnes
- Undang-Undang
Syarat Akademik - Peringkat Diploma
Bidang Kejuruteraan
Lulus SPM dengan memperolehi aggregate tidak melebihi 25 unit *(<25 unit) dalam kombinasi lima (5) subjek yang berkaitan termasuk Bahasa Melayu dan 4 subjek terbaik daripada subjek-subjek berikut :-
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Bahasa Inggeris
Bidang Bukan Kejuruteraan
Lulus SPM dengan memperolehi aggregate tidak melebihi 25 unit *(<25 unit) dalam kombinasi lima (5) subjek yang berkaitan termasuk Bahasa Melayu dan 4 subjek terbaik daripada subjek-subjek berikut :-
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains/ Fizik/ Matematik Tambahan/ Kimia/ Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Sejarah/ Geografi
atau
pilih salah satu yang terbaik daripada subjek-subjek berikut :
- Pendidikan Moral/ Pengetahuan Agama Islam/ Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi)/ Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah
*Cara Pengiraan Aggregate: ( A+ = 0, A=1, A- =2, B+=3, B=4, C+=5, C=6, D=7, E=8, G=9 )
atau
*Lulus Sijil dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.80 (PNGK > 2.80) dalam bidang yang berkaitan.
Syarat Akademik - Peringkat Ijazah Sarjana Muda
- Lulus STPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.00 atau
- Lulus Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.70 (PNGK > 2.70) dalam bidang yang berkaitan atau
- Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.50 (PNGK > 2.50) dalam bidang yang berkaitan.
Syarat Tambahan Permohonan
- Pelajar hendaklah berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1/1/2018.
- Permohonan ini layak untuk Anak Anggota Kerja TNB dan Anak-anak Syarikatnya sahaja.
- Telah mendapat tempat di Universiti Awam.
- Bagi para pelajar yang sedang dalam pengajian, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 (PNGK > 3.00) berdasarkan keputusan peperiksaan terkini. (Semester 1, 2017 /2018)
- Penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada sesuatu masa, iaitu seorang di UA dan seorang di UNITEN.
- Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan Pinjaman Boleh Ubah adalah tidak layak memohon.
Tarikh-Tarikh Penting
- Tarikh buka permohonan adalah mulai 15 - 30 Mac 2018
- Tarikh semakan nama calon yang disenarai pendek bermula pada 4 April 2018
- Tarikh Penghantaran dokumen sokongan adalah mulai 4 - 16 April 2018
Penghataran Dokumen
- Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja yang perlu menghantar dokumen sokongan.
- Semua dokumen sokongan perlu disahkan dan hendaklah dimajukan ke alamat berikut:-
Pengarah
Yayasan Tenaga Nasional
Peti Surat 70
Pejabat Pos Bandar Baru Bangi
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Nilai Bantuan Pinjaman Boleh Ubah
Jenis Pinjaman | Nilai Bantuan Pinjaman |
---|---|
Anak Anggota Kerja TNB dan Anak-anak Syarikatnya sahaja yang layak memohon |
|
Lain-Lain
- Bilangan pinjaman boleh ubah yang ditawarkan adalah TERHAD.
- Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
- Permohonan yang tidak mendapat apa –apa maklumat selepas tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
Pertanyaan
Sebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungi YTN di talian am 03-89247500 atau pegawai berikut:
Pengambilan
- En. Mohd Nasir Ali (samb : 7511)
- En. Khairil Anuar Mohamad (samb : 7531)
- Cik Fatimah Mustafa (samb : 7539)
- En. Mohamad Syahir (samb : 7529)
Teknikal / Sistem
- Encik Muhamad Ros Azmir (samb : 7523)
- Pn Noor Marhammah Wahab (samb : 7543)
Layari http://ytn.tnb.com.my/sam/ untuk membuat permohonan.
Lain-lain Tawaran
- Yayasan Tenaga Nasional Biasiswa Program Universiti Terkemuka Luar Negara 2018
- Yayasan Tenaga Nasional Biasiswa UNITEN Peringkat Asas / Sarjana Muda 2018
- Yayasan Tenaga Nasional Pinjaman Boleh Ubah UNITEN Peringkat Asas / Sarjana Muda 2018
- Yayasan Tenaga Nasional Pinjaman Boleh Ubah UNITEN Peringkat Diploma 2018