Melibatkan penciptaan, penghasilan dan penyebaran maklumat dan mesej melalui pelbagai media.
Memahami tentang sifat industri media yang saling berkaitan, penilaian media serta impak dan keberkesanannya terhadap individu dan masyarakat, kemahiran yang diperlukan untuk menulis, menghasil dan mengedar mesej media.
Industri media massa termasuk radio, televisyen, kabel, filem, internet, multimedia dan platform mudah alih.
Komunikasi:
- berkaitan dengan mengumpul dan menganalisis fakta mengenai suatu peristiwa dan individu, menulis laporan, mengulas dan mencerita, menyelidik pendapat umum dan menganalisis dapatan.
Penyiaran:
- merangkumi pengarahan dan penyelarasan penggambaran gambar bergerak dan program televisyen, rakaman dan penyiaran radio, penyuntingan filem dan video serta penambahan trek bunyi.
Beberapa disiplin pembelajaran:
- kewartawanan, penyiaran, kajian media, kajian komunikasi, komunikasi massa, kajian perpustakaan, sains maklumat dan sains arkib.
Klik pautan ini untuk meneroka senarai kemungkinan pekerjaan dan kursus yang ditawarkan oleh institusi dalam bidang pengajian ini.
https://studymalaysia.com/career-guide/fields-of-study-communication-and-broadcasting