Career Guide

Sains (Sains Biologi dan Sains Fizik)

by StudyMalaysia.com on September 18, 2023

Melibatkan kajian sistematik melalui eksperimen, pemerhatian dan kesimpulan untuk menghasilkan pengetahuan dan penerangan fenomena yang boleh dipercayai dengan merujuk kepada dunia biologi dan fizik.

Program dalam bidang ini mempunyai sintesis umum satu atau lebih sains biologi dan fizik, atau pengkhususan yang diambil daripada sains biologi dan fizik.

Dibahagikan kepada dua cabang utama:

  • Sains biologi: kajian struktur, fungsi, pembiakan, pertumbuhan, evolusi dan tingkah laku organisma hidup, termasuk kajian mengenai proses kimia dalam organisma hidup.
  • Sains fizikal: kajian mengenai sesuatu pengetahuan secara sistematik melalui eksperimen, pemerhatian dan deduksi untuk menghasilkan penjelasan fenomena yang boleh dipercayai dengan merujuk kepada dunia material dan fizikal (sistem bukan hidup). Bidang pengajian ini termasuk fizik, kimia, sains bumi, dan astronomi.

Beberapa disiplin pembelajaran:

  • biologi, biokimia, biofisika, mikrobiologi, genetik, biologi akuatik, zoologi, fizik, kimia, sains bumi, sains angkasa, kimia gunaan, fizik gunaan, bioteknologi dan sains forensic.

Klik pautan ini untuk meneroka senarai kemungkinan pekerjaan dan kursus yang ditawarkan oleh institusi dalam bidang pengajian ini.

  https://studymalaysia.com/career-guide/fields-of-study-science-life-science-physical-science-applied-science

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会