Career Guide

Undang-Undang

by StudyMalaysia.com on September 15, 2023

Mengenai prinsip dan peraturan kerajaan dan undang-undang yang diiktiraf dan dipertahankan oleh badan kehakiman.

Pelajar mempelajari undang-undang negara sendiri dan negara-negara lain untuk memupuk pemahaman mengenai prinsip dan amalan bagi undang-undang komersial, undang-undang jenayah dan undang-undang perlembagaan.

Undang-undang memberitahu kita apa yang patut dan tidak patut dilakukan. Undang-undang membantu menyelesaikan perselisihan dan memastikan keamanan dan kedamaian masyarakat di mana hak-hak rakyat perlu dihormati.

Pengajian undang-undang mempersiapkan pelajar dengan amalan undang-undang untuk menjadi seorang peguam (peguam bela dan peguam cara).

Ijazah undang-undang di Malaysia biasanya merangkumi subjek undang-undang sivil, tetapi terdapat universiti yang mewajibkan undang-undang Syariah sebagai syarat untuk bergraduat.

Beberapa disiplin pembelajaran:

  • Undang-undang (LL.B), undang-undang Syariah, kajian undang-undang dan perundangan.

Klik pautan ini untuk meneroka senarai kemungkinan pekerjaan dan kursus yang ditawarkan oleh institusi dalam bidang pengajian ini.

  https://studymalaysia.com/career-guide/fields-of-study-law

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会