StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Education News

Syazwani: GMI Bantu Mencapai Impian Saya

June 13, 2017 | Campus News

Syazwani berdiri di depan mesin CNC turnmill DMG, CTX 500 Axis di Pusat Teknologi GMi-DMG-Mori. GMI mempunyai lebih 12 pusat teknologi bertaraf dunia di kampusnya di Kajang.

KAJANG, 5 Mei 2017 – Apakah yang akan berlaku jika pelajar memilih program yang tidak diminatinya? Situasi ni sebenarnya sering berlaku. Bahkan pada tahun 2015, satu kajiselidik yang dijalankan oleh Higher Education Policy Institute dan Higher Education Academy di Amerika Syarikat mendapati satu daripada tiga orang pelajar mengakui mereka telah salah memilih kursus pengajian. Kaji selidik ini dijalankan kepada 1.5 juta pelajar bermaksud seramai 500,000 pelajar telah membuat pilihan yang salah. Macam mana hal ini boleh terjadi? Adakah anda juga berada dalam keadaan yang sama dengan 500,000 pelajar di Amerika Syarikat?

Jika anda mengalami situasi yang sama dilalui Syazwani Billah, bersegeralah buat keputusan untuk menukar kursus pengajian yang benar-benar memenuhi impian anda. Gadis manis ini memulakan pengajian di sebuah institusi pendidikan tinggi awam dalam Pengajian Persediaan Undang-undang, selama hampir setahun. Walau bagaimanapun, beliau lebih banyak menghabiskan masa menyelesaikan masalah matematik berbanding menyelesaikan kes undang-undang! Syazwani berdepan dilema memikirkan program yang diikuti ketika itu atau meneruskan kursus yang benar-benar memenuhi kepuasan hatinya iaitu subjek matematik dan melibatkan nombor. Jika ramai pelajar lain yang tetap meneruskan program yang tidak diminati, Syazwani hadapi isu ini dengan mengikut gerak hati dan impiannya dengan berani.

“Saya berbincang dengan bapa saya dan setelah memikirkan dengan mendalam, kami menemui tempat paling tepat untuk saya mengikuti program kejuruteraan iaitu: German-Malaysian Institute (GMI). GMI mempunyai kelengkapan fasiliti berteknologi tinggi untuk pelajar-pelajarnya. Bayangkan mesin Computer numerical control (CNC) nya sahaja bersaiz setengah gelenggang tenis dan GMI mempunyai lebih dari satu unit untuk setiap teknologi yang dimiliki!”

Syazwani di pejabatnya di PEKKA di Pengerang Kota Tinggi Johor

Beliau sangat berterima kasih kepada bapanya yang memperkenalkan GMI kepadanya. Syazwani menyatakan dia sangat teruja dengan kelengkapan pembelajaran berteknologi tinggi yang disediakan di GMI. Tambahan lagi, GMI mengehadkan 24 pelajar sahaja bagi satu kelas.

“Saya ambil elektronik industri selama tiga tahun mengkhusus dalam program Mechatronics. Semasa di tahun akhir, saya dipilih sebagai ketua kumpulan untuk Projek Tahun Akhir (walaupun saya satu-satunya perempuan dalam kumpulan itu) dan perlu menyelia rakan-rakan dalam kumpulan. Saya asah bakat kepimpinan saya menerusi kerja kursus ini. Dan ia sangat berbaloi apabila projek kami dinobatkan sebagai projek terbaik tahun 2013 dan CGPA semester akhir saya yang tertinggi”.

Kecemerlangan ini telah membolehkan Syazwani ditawarkan oleh MARA untuk melanjutkan pengajian peringkat Bacelornya di universiti nombor satu (1) di Australia iaitu Australian National University (ANU). Bahkan ANU juga merupakan universiti di kedudukan nombor 22 terbaik dunia dalam QS World Rankings. Walau bagaimanapun, ANU juga tidak menyamai keseronokan yang dikecapinya semasa di GMI. “Mesin-mesin berteknologi tinggi sangat jarang disediakan oleh institusi pengajian tinggi baik di Malaysia mahupun di Australia. Hanya di GMI, lambakan teknologi dan fasiliti kejuruteraannya sangat banyak dan memberi kepuasan kepada kami sebagai pelajar untuk belajar dan menerokai dunia kejuruteraan industri dengan lebih baik”.

Kumpulannya memenangi Projek Tahun Akhir terbaik Mechatronics tahun 2013.

Pada Disember 2016, Syazwani Billah menamatkan pengajian Bacelornya dalam Bachelor of Engineering (Hons.) in Electronics and Telecommunication Systems dari ANU. Beliau pulang ke Malaysia awal Februari 2017 dan kini telahpun bekerja dengan PEKKA sebuah syarikat kontraktor yang terlibat dengan projek-projek minyak dan gas di Pengerang Kota Tinggi Johor. “Saya kini diberi tugas yang sangat mencabar kerana perlu menyelia syarikat-syarikat dibawah PEKKA dengan nilai pelaburan projek berskala mega iaitu merangkumi Sinopec , Sinohydro, CPP, Menta dan Huaxing. Selain itu juga menyelia lebih 250 pekerja. Tugas ini banyak melibatkan industri gas dan minyak yang kini giat dibangunkan di Pengerang’.

Syazwani sangat menghargai pendedahan yang diperolehinya di GMI sehingga membolehkannya menjadi seorang jurutera teknologi yang baik. “Saya dilatih dengan baik dari aspek skil praktikal dan juga ilmu teori. Setiap hari kami menghadiri kelas seolah-olah kami berada di persekitaran kejuruteraan industri yang sebenar. Kami juga sangat bertuah menerokai segala kecanggihan peranti terkini seperti SIEMENS S7-315F PN/DP Programmable Logic Controller (PLC), robot KUKA 6-axis, mesin conventional lathe, mesin conventional milling, Solidworks CAD software, pneumatic cylinders dan valve, hydraulic cylinders dan valves, pelbagai jenis enjin motor (DC, AC, dan stepper) serta banyak lagi.”

Syazwani sempat merakamkan penghargaanya kepada semua tenaga akademik di GMI. Jelasnya, para pensyarah di GMI banyak membantu pelajar apatah lagi GMI sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang menekankan penggunaan teknologi tinggi, amatlah mustahak barisan ahli akademiknya mempunyai kemahiran dan pengalaman industri.

Untuk si cantik manis Syazwani - Tahniah kerana impian anda kini di genggaman!

Nota Tepi :
GMI ditubuhkan pada Julai 1992 dan kampusnya terletak di daerah Kajang Selangor, mengambil masa 25 minit dari Kuala Lumpur. GMI menawarkan program teknologi kejuruteraan Jerman dibawah dua jabatan akademik utama iaitu Jabatan Teknolgi Pengeluaran (Department of Production Technology) dan Jabatan Elektronik Industri (Department of Industrial Electronics). Pengambilanpelajar bagi ambilan Julai 2017 sedang giat dibuat. Permohonan atas talian di www.gmi.edu.my/onlineapp. Pelajar yang mengikuti Pengajian Pra Universiti atau dikenali sebagai ‘German A-Level Preparatory Program’ diberi pilihan untuk memilih lebih daripada 50 Universiti of Applied Sciences untuk melanjutkan pengajian Bacelor mereka. GMI juga menawarkan pendidikan sepanjang hayat menerusi kursus-kursus jangka pendek, projek konsultansi, kursus-kursus mengikut kesesuaian dan permintaan industri dan Program Latihan Dual Vokasional Jerman. Untuk maklumat lanjiut program-program kami lawati www.gmi.edu.my, sosial media FB Fanpage di GMiNewsbreak, Instagram GERMANMALAYSIANINSTITUTE atau hubungi 03 8921 9191 / 03 8921 9000.

Back to News Page

View Other categories: NATIONAL | CAMPUS | ACHIEVEMENT | EDITOR'S DESK

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会