Course Details
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Logo

Bachelor of Counseling

Offered by: Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Exam BodyInternal Degree, Malaysia
Course Duration8 Sem
Part Time/Full TimeFull Time
Fees870/sem
FacultySchool of Social and Economic Development
Conducted entirely in MalaysiaYes
Awarding CountryMalaysia
Level of StudyBachelor's Degree Level
Field of StudySocial Services
Stream RequirementsArts Stream
Course Description

Program pengajian ini melibatkan aspek teori dan kemahiran kaunseling dan pelaksanaannya dalam sesebuah organisasi. Kurikulum meliputi teori asas kaunseling dan psikoterapi, teori psikologi, proses kaunseling individu dan kelompok, kaunseling kerjaya, bahan dan industri. Program ini bertujuan menyediakan para kaunselor yang dapat berfungsi sebagai pakar runding dan motivasi yang akan membantu para pekerja menyesuaikan diri dengan persekitaran era perindustrian. Proses perindustrian yang sedang dilaksanakan oleh negara menjelang tahun 2020 sudah semestinya membawa pelbagai perubahan dari segi fizikal mahupun emosi mental masyarakat. Justeru itu, peranan kaunselor organisasi dalam peningkatan produktiviti negara melalui tenaga kerja yang seimbang dari segi emosi mentalnya adalah amat penting.

Entry Requirements

Syarat Am Universiti

 

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

dan

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;

atau

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2010 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya;

  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am;

dan

  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;

atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2010 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

 

Keperluan Khas Program

 

Bagi calon lepasan Diploma/Setaraf, mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 2.70. Bagi calon lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi tahun 2010 atau sebelumnya:-

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Malaysia/Kesusasteraan Melayu/Literature in English
  • Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Arab
  • Syariah/Usuluddin
  • Sejarah
  • Geografi
  • Mathematics
  • Ekonomi
  • Pengajian Perniagaan / Pengurusan Perniagaan
  • Perakaunan
  • Sains Sukan

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics

atau

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics

dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus (Gred E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Inggeris
Career Prospects

 

  • Agensi Kerajaan : Bertugas sebagai Kaunselor di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita, Pusat Serenti, Institut Perguruan, Penjara, Kementerian Kesihatan, Pejabat Agama, Mahkamah, Institut Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan, Jabatan Imigresen, Jabatan Pertahanan Awam, Kementerian Dalam Negeri, PDRM.
  • Agensi Swasta Bertugas sebagai Kaunselor atau Pegawai Sumber Manusia yang mengendalikan perkhidmatan kaunseling seperti di kilang, PEMADAM, Yayasan AIDS Malaysia, YADIM, Pusat Pengasih Malaysia, Institut Pengurusan Wanita, PERTIWI atau di kolej swasta.

 

All fees are in RM (Ringgit Malaysia) currency unless stated otherwise.


Other Courses in this Level of Study Other Courses in this Field of Study

Back to Courses