Course Details
Universiti Putra Malaysia (UPM) Logo

Doctor of Medicine

Offered by: Universiti Putra Malaysia (UPM)
Exam BodyInternal Degree, Malaysia
Course Duration10 Sem
Part Time/Full TimeFull Time
Fees850/Sem
Fees (International Student)9176.60/Sem
FacultyFaculty of Medicine & Health Sciences
Conducted entirely in MalaysiaYes
Awarding CountryMalaysia
Level of StudyBachelor's Degree Level
Field of StudyMedicine & Healthcare
Stream RequirementsScience Stream
Course Description

Kursus ini terdiri daripada 5 tahun program bersepadu yang berasaskan empat tema iaitu Manusia, Sel, Komuniti, dan Pembangunan Peribadi dan Profesional. Pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan kepada sistem tubuh badan dan bukannya pemisahan tradisional bidang anatomi, fisiologi, biokimia, patologi, dan mikrobiologi. Program perubatan bersepadu meliputi sistem kardiovaskular, sistem pencernaan dan lain-lain, di mana semua sains asas berkaitan perubatan dan disiplin klinikal terlibat.

Kurikulum ini memberi penekanan kepada pembelajaran pelajar berpusat dengan pengenalan awal pengalaman klinikal. Pendedahan komuniti dan kesihatan awam serta penekanan kepada sains tingkah laku, kemahiran komunikasi dan pembangunan profesional adalah terkandung dalam kurikulum. Metodologi penyelidikan dan pengalaman masih menjadi komponen penting dalam kurikulum, manakala pengajaran klinikal yang komprehensif memastikan pelajar-pelajar mendapatkan pengalaman klinikal yang mencukupi bagi menjadikan mereka doktor yang berpengetahuan dan kemahiran.

Entry Requirements

MATRIKULASI (SAINS)

Memenuhi keperluan asas universiti dan keperluan tertentu program MESTI memperoleh ; 
- sekurang-kurangnya PNGK = 3.85, dan 
- sekurang-kurangnya Gred A- (3.67) dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia dan 1 daripada mata pelajaran berikut :
i) Fizik atau
ii) Matematik 
- dan sekurang-kurangnya Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) dan
lulus temuduga dan ujian bertulis dengan cemerlang

SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

Memenuhi keperluan asas universiti dan keperluan tertentu program MESTI memperoleh ; 
- sekurang-kurangnya PNGK = 3.85, dan 
- sekurang-kurangnya Gred A- (3.67) dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia dan 1 daripada mata pelajaran berikut :
i) Fizik atau
ii) Matematik atau Further Mathematics T 
- dan sekurang-kurangnya Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) dan
lulus temuduga dan ujian bertulis dengan cemerlang

ASASI SAINS ATAU KURSUS PRA-PERUBATAN

Memenuhi keperluan asas universiti dan keperluan tertentu program MESTI memperoleh CGPA 3.85 (daripada 4.0) dalam mata pelajaran berikut: 
- Biologi dan 
- Kimia dan 
- Fizik atau Matematik 

dan 
tempoh kursus adalah tidak kurang daripada 1 tahun dalam institusi sama yang diiktiraf 

dan 
kelayakan kemasukan minimum adalah 5 Bs dalam setiap satu mata pelajaran berikut:  
- Biologi dan 
- Kimia dan 
- Fizik dan 
- Matematik atau Matematik Tambahan dan 
- Satu lagi subjek di peringkat Sijil atau setaraf dan
lulus temuduga dan ujian bertulis dengan cemerlang

Career Prospects

Doktor adalah diwajibkan untuk menjalani housemanship selama dua tahun selepas menamatkan pengajian ijazah perubatan. Doktor akan mendapat kelayakan pendaftaran penuh dengan MPM dengan menjalani latihan pra-pendaftaran jawatan Pegawai Perubatan yang diberi oleh Kerajaan Malaysia di Hospital Kerajaan dalam tempoh 3 tahun sebelum dibenarkan bekerja dengan agensi swasta. Selepas selesai dengan jayanya latihan pra-pendaftaran, doktor akan diselia di mana-mana hospital seperti hospital kerajaan, hospital daerah, klinik kerajaan atau klinik swasta.

All fees are in RM (Ringgit Malaysia) currency unless stated otherwise.


Other Courses in this Level of Study Other Courses in this Field of Study

Back to Courses