StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

JPA Scholarship 2022 - Permohonan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2022

Sponsored by: Jabatan Perkhidmatan Awam
Deadline26 June 2022
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?International

Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2021 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:
i. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada
bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam
setelah tamat pengajian;
ii. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima
sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC)
setelah tamat pengajian;
iii. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima
sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah
tamat pengajian; dan
iv. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/ bermula 16 Jun 2022 (Khamis) hingga 26 Jun 2022 (Ahad), jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di
http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/. Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. 

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat
dengan mengemukakan pertanyaan menerusi emel
[email protected] (emel ini hanya aktif dalam tempoh
permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 16 sehingga 26 Jun 2022).

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JKPJ ini dijangka akan
diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau
http://esilav2.jpa.gov.my/ pada 29 Julai 2022 (Jumaat).

Pelajar yang tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Back to Scholarships Page