StudyMalaysia.com

Scholarships

PENGIKLANAN PENAJAAN JICA KNOWLEDGE CO-CREATION PROGRAM FOR LONG TERM PARTICIPANTS - JICA MASTERS AND PHD COURSE IN CLIMATE CHANGE POLICY PROGRAM

Sponsored by: Japan International Cooperation Agency (JICA)
Deadline26 April 2024
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?International

Japan International Cooperation Agency (JICA) telah membuka permohonan biasiswa di bawah JICA Knowledge Co-Creation Program for Long Term Participants - JICA Masters and Ph.D Course in Climate Change Policy Program kepada pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk mengikuti pengajian Sarjana dan Ph.D di Jepun.

Justeru itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku nominating agency bagi program tersebut mempelawa pegawai kumpulan P&P yang memenuhi syarat seperti di LAMPIRAN A untuk memohon biasiswa ini melalui Ketua Jabatan dan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) masing-masing.

Pegawai P&P yang berminat dan berkelayakan boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal bmipenajaan.jpa.gov.my bermula 4 April hingga 26 April 2024. Borang permohonan yang telah dilengkapkan secara dalam talian tersebut hendaklah dicetak, ditandatangani dan dikemukakan kepada Ketua Jabatan dan PPSM masing-masing beserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan. Semua permohonan yang disokong oleh Ketua Jabatan dan diperaku oleh PPSM hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA selewat-lewatnya pada 3 Mei 2024 sama ada melalui serahan tangan / pos melalui alamat seperti berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Pembangunan Modal Insan Aras 3, Blok C2, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA

(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan)

Maklumat terperinci berhubung tatacara permohonan/ pencalonan bagi program ini adalah seperti di LAMPIRAN B. Sila hubungi talian 03–88853053 atau e-mel: [email protected] untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung biasiswa ini.

Laman web: https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/?view=article&id=137&catid=14 

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会